Sejauh mana norma-norma baharu ?

Saya menyambut baik sikap yang ditunjukkan oleh majoriti rakyat Malaysia yang mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan sehariannya terutamanya di tempat awam dengan menjaga penjarakan sosial dan memakai topeng muka.

Tahniah !

Saya berpandangan bahawa norma-norma baharu tidak berakhir dengan hanya bertopeng muka dan penjarakan 1 meter di antara sesama orang ramai.

Norma-norma yang baharu juga merangkumi cara hidup persedirian, berkeluarga, bermasyarakat, bahkan ehwal bernegara.

Norma-norma yang baharu mungkin turut merangkumi :

  1. Mengurangkan makan di luar, terutamanya di restoren 24 jam atau sesekali membuat burger (burger Ramli dsb sokong BMF) untuk menggantikan kebiasaan membawa anak-anak ke McD atau KFC.
  2. Mengadakan sesi perkongsian sekeluarga secara berkala / mingguan yang diketuai oleh sang suami atau bapa. Begitu juga budaya sihat seumpama solat berjamaah, membaca buku dan berdiskusi seisi keluarga.
  3. Salah seorang mungkin terpaksa memulakan perniagaan on-line akibat dibuang kerja atau pun disebabkan kesukaran menghantar anak-anak ke nurseri.
  4. Bagi yang berduit dan biasa bercuti tahunan di dalam atau di luar negara, inilah masanya untuk membuktikan keprihatinan yang lebih dengan mengagihkan sebahagiannya nya kepada keluarga dekat dan jauh, atau jiran atau masyarakat yang lebih memerlukan.
  5. Menabung dan berjimat demi masa depan anak-anak dan keluarga adalah di antara rahsia tradisi ibu bapa yang berjaya. Duit yang ada didahulukan untuk perkara-perkara yang essential dan utama sahaja.
  6. Keluarkan anak-anak daripada kebergantungan apatah lagi ketagihan gajet dan isikan dengan aktiviti kemahiran dan berinteraksi dengan alam.
  7. Mempelajari dan menguasai kemahiran teknologi media menjadi keperluan asasi kepada majoriti rakyat Malaysia, apatah lagi sebagai ibu baa yang ingin betrjaya mengendalikan ‘part-time’ home-schooling.
  8. Mengambil peduli dengan apa yang berlaku di kalangan masyarakat sekeliling dan menyumbang dengan segala kemampuan yang ada.
  9. Menambil peduli ehwal negara secara sihat termasuklah hala tuju kepimpinan negara dan ke arah mana yang ingin dibawanya demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Sesungguhnya di sana sangat banyak pengajaran dan kebaikan yang boleh kita ambil daripada pandemik Covid-19 yang melanda negara kita dan di dunia antarabangsa.

Baca lagi : [ t.me/zainurrashid ]

Kredit foto : The Asian Parent