Isu Semasa

Kedaulatan negara bagai dimamah anai-anai

BERAPA ramai?

Tiada siapa yang tahu, berapa ramai warga China yang datang ke Malaysia dan tidak kembali pulang.

1-     Laporan Ketua Audit Negara 2018 (Siri 2) mendapati sebanyak 95 peratus daripada pelancong dari China (79,799 orang) dan dari India (41,245 orang) yang datang ke Malaysia di antara 2016-2018 tidak mempunyai rekod keluar pulang ke negara mereka (114,900).

2-     Di bulan September 2019, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendakwa seorang Penolong Pengarah JPN dan 5 lagi atas 32 pertuduhan menjual Mykad dan dokumen pengenalan diri, kebanyakannya kepada warga China.

Seorang saksi (rakyat China) membayar RM400,000 untuk mendapatkan pasport Malaysia.

3-    Jabatan Imigresen Malaysia menangkap 680 orang warga China di Cyberjaya tanpa dokumen perjalanan pada November 2019 dan menjalankan scam, penipuan pelaburan atas talian berpusat di China dan beroperasi di Malaysia. Ini tidak termasuk yang ditangkap di Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan lain-lain.

4-     Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengesahkan bahawa 37 peratus daripada ribuan rumah yang dijual melalui inisiatif MM2H telah dijual kepada warga China.

5-     DS Zahid Hamidi, mantan TPM dan Menteri KDN menjelaskan bahawa perkahwinan 17,000 orang rakyat Malaysia (lelaki tempatan) dengan wanita negara China (2011-2015) belum didaftarkan.

6-     Empat MP DAP bertemu dengan TS Mahyuddin Yassin pada September 2019 dan memohon agar disegerakan permohonan kewarganegaraan terhadap lebih 111,000 warga asing.

Ini bukan isu politik PH atau BN tetapi ini adalah isu kedaulatan dan keselamatan negara.

Saya memohon agar pihak berwajib mengambil tindakan tegas dengan seberapa segera sebelum negara ini terjual.

PROF DR ZAINUR RASHID ZAINUDDIN
Naib Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia

 

Pautan :

Kedaulatan negara bagai dimamah anai-anai

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/630513/imigresen-tumpaskan-sindiket-penipuan-dalam-talian-terbesar-didalangi

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/606905/jual-mykad-bermakna-khianati-negara-muhyiddin

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close