Isu Semasa

Ke Mana Hilangnya Warga China ?

Ini bukan isu politik kepartian tetapi adalah isu keselamatan negara

BANGI, 10 Syaaban 1441H, Sabtu – Isu ratusan ribu warga China yang datang ke Malaysia dan belum pulang ke negara asal masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Prof Zainur Rashid Zainuddin berkata, pihaknya sudah menyuarakan masalah berkenaan sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Malangnya, tiada sebarang tindakan tegas diambil oleh kedua-dua gabungan parti berkenaan.

“Dan kini tampuk pemerintahan telah pun berpindah tangan kepada kerajaan baharu dibawah pimpinan Perikatan Nasional (PN).

“Maka saya menggesa supaya suatu tindakan yang tegas dan menyeluruh diambil ke atas warga China yang mempunyai kes jenayah dan masih belum pulang ke negara asal.

“Ini bukan isu sesebuah parti politik atau sesebuah kerajaan yang memerintah, tetapi ini adalah isu yang melibatkan keselamatan negara,” tegasnya.

Sebelum ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan hampir 95 peratus dari kira-kira 141,000 pelancong India dan China tidak mempunyai rekod kembali ke negara asal bermula pada tahun 2012 hingga 2016.

Selain itu, pada 2003, dilaporkan seramai 500,000 pelancong China datang ke negara ini tetapi statistik menunjukkan hanya 315,000 pelancong warganegara itu pulang ke negara asal.

Ia menjadikan baki 175,000 lagi warga China yang berada di negara ini tidak dapat dikesan.

September tahun lalu, polis berjaya membongkar sindiket penjualan MyKad kepada warga China yang didalangi pegawai Jabatan Pendaftaran Ngeara (JPN).

Kes itu terbongkar selepas pegawai JIM membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh seorang pemegang MyKad sah, namun pemohon didapati tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dipercayai berlaku pada Mei tahun lalu.

Difahamkan, MyKad berkenaan dijual dengan anggaran harga RM100,000 hingga RM600,000.

Selain itu, pada 20 November lalu, seramai 680 warga negara China termasuk 77 wanita masing-masing berusia antara 19 hingga 35 tahun ditahan.

Kesemua mereka dipercayai menjalankan aktiviti scam atau penipuan secara dalam talian yang berpusat di China dan disyaki sudah beroperasi sejak tujuh bulan lalu.

Seramai 87 warga China ditahan dalam serbuan di beberapa unit kondominium di sekitar Setiawalk, Puchong, kerana dipercayai menjalankan skim pelaburan dan perjudian dalam talian.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 79 lelaki dan lapan wanita yang antaranya tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, serta menetap lebih masa di negara ini.

Mana hilangnya warga China?

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close