Isu Semasa

Dahulukan agama, bangsa sebelum kepentingan peribadi

Rakyat benci pemimpin tamak, kerap bercakaran sesama sendiri

Di manakah janjinya ?

Saya ingin menyeru agar pemimpin politik dan mereka yang baru dilantik sebagai menteri kabinet serta mereka yang diamanahkan untuk menerajui agensi kerajaan dan swasta agar menunaikan amanah ini dengan penuh tanggung-jawab.

Slogan berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara seharusnya mendahului kepentingan peribadi dan parti politik.

Rakyat membenci pemimpin yang tamak dan kerap bercakaran sesama sendiri, apatah lagi yang terlibat dengan rasuah dan jenayah salah guna harta rakyat.

Orang ramai ingin melihat bahawa isu kos sara hidup, kesihatan, pendidikan dan kemerosotan ekonomi didahulukan.

Dalam masa yang sama, sebagai rakyat majoriti yang prihatin dengan identiti negara ingin memastikan bahawa kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, hak istimewa Melayu dan Bumiputera, kedudukan bahasa kebangsaan dan Majlis Raja-Raja harus dikekalkan.

Kita tidak mahu ada lagi cubaan menukar identiti negara dan insiden yang mencalar hati umat Islam.

Saya kongsikan beberapa peristiwa dan insiden sepanjang 2 tahun yang lalu yang didokumenkan oleh ‘page GPS’ agar tidak berulang di masa depan, akibat kegagalan sebahagian pemimpin Melayu yang diamanahkan untuk menerajui kepimpinan negara.

Cukuplah, fokus bangunkan negara, bangunkan kepimpinan muda di masa depan, kekalkan identiti watan dan keharmonian kaum, dahulukan keperluan rakyatbterutamanya golongan marhein.

Salam persaudaraan,

Dr Zainur Rashid Zainuddin

Naib Presiden ISMA

Ikuti catatan perkongsian di Telegram, Blog & Facebook

• Telegram : t.me/zainurrashid
• Blog : zainurrashid.com
• Facebook : fb.me/ProfDrZainurRashid

Dahulukan agama, bangsa sebelum kepentingan peribadi

 

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close