Isu Semasa

Berapa ramai warga China masuk Malaysia tapi tak pulang?

Tiada siapa yang tahu jumlah sebenar

TIADA siapa yang tahu, berapa ramai warga China yang datang ke Malaysia dan tidak kembali pulang.

1- Laporan Ketua Audit Negara 2018 (Siri 2) mendapati sebanyak 95 peratus daripada pelancong dari China (79,799 orang) dan dari India (41,245 orang) yang datang ke Malaysia di antara 2016-2018 tidak mempunyai rekod keluar pulang ke negara mereka (114,900).

2- Pada bulan September 2019, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendakwa seorang Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan 5 lagi atas 32 pertuduhan menjual Mykad dan dokumen pengenalan diri, kebanyakannya kepada warga China.

Seorang saksi (rakyat China) membayar RM400,000 untuk mendapatkan pasport Malaysia.

3- Jabatan Imigresen Malaysia menangkap 680 orang warga China di Cyberjaya tanpa dokumen perjalanan pada November 2019 dan menjalankan scam, penipuan pelaburan atas talian berpusat di China dan beroperasi di Malaysia.

Ini tidak termasuk yang ditangkap di Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan lain-lain.

4- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengesahkan bahawa 37 peratus daripada ribuan rumah yang dijual melalui inisiatif Malaysia My Second Home (MM2H) telah dijual kepada warga China.

5- Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN),Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan bahawa perkahwinan 17,000 orang rakyat Malaysia (lelaki tempatan) dengan wanita negara China (2011 hingga 2015) belum didaftarkan.

6- Empat Ahli Parlimen DAP bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada September 2019 dan memohon agar disegerakan permohonan kewarganegaraan terhadap lebih daripada 111,000 kes warga asing.

Ini bukan isu politik Pakatan Harapan atau Barisan Nasional, tetapi ini adalah isu kedaulatan dan keselamatan negara.

Saya memohon agar pihak berwajib mengambil tindakan tegas dengan seberapa segera sebelum negara ini terjual.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia

 

Pautan :

  • https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/630513/imigresen-tumpaskan-sindiket-penipuan-dalam-talian-terbesar-didalangi
  • http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kdn-ambil-tindakan-pelancong-china-india-tinggal-lebih-masa-224401
  • https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/606905/jual-mykad-bermakna-khianati-negara-muhyiddin
  • https://www.ismaweb.net/2020/02/08/berapa-ramai-warga-china-masuk-malaysia-tapi-tak-pulang/
  • https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/08/kedaulatan-negara-bagai-dimamah-anai-anai/
  • https://harakahdaily.net/index.php/2019/07/25/dap-ada-agenda-politik-dalam-isu-kewarganegaraan/
Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close