Isu Semasa

Bantahan Program LGBT

Saya ingin membantah sekeras-kerasnya terhadap program Irshad Manji yang dijadualkan akan berlangsung esok di Monash University, Sunway Campus.

Penganjuran yang menampilkan tokoh LGBT antarabangsa ini sangat tidak bersesuaian dengan suasana masyarakat Malaysia dan merupakan suatu penghinaan kepada Islam dan umatnya di negara ini.

Secara tidak langsung, ia merupakan suatu pengiktirafan dan kemenangan moral kepada aktivis pejuang Lesbian dan pendokong golongan LGBT yang semakin aktif akhir-akhir ini.

Walaupun program ini tertutup kepada warga Monash University, tindakan memberi ruang kepada Irshad Manji untuk berucap kepada masyarakat Malaysia adalah satu langkah yang tidak bertanggungjawab dan ianya perlu dihentikan segera.

Setelah program beliau dibatalkan di Indonesia, Irshad Manji dibawa ke Malaysia oleh pendokong perjuangan LGBT.

Pada asalnya program beliau dijadualkan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak tetapi telah dibatalkan dan kemudiannya pelancaran bukunya yang dijadualkan diadakan di The Borders Garden Mall telah ditangguhkan. Namun para pendokong gerakan Liberal dan LGBT tetap ingin mengadakan program Irshad Manji ini di Malaysia.

Saya juga menyeru agar ahli akademik, aktivis masyarakat, para ulama, tokoh-tokoh politik dan pemimpin masyarakat agar membantah program yang disengajakan ini disamping menguji sensitiviti umat Islam terhadap agamanya di rantau ini.

Aktivis-aktivis NGO-NGO mesti bangkit dan bertindak segera untuk membantah serta membuat laporan polis agar penganjuran majlis yang menghina Islam, Allah dan Rasul ini dibatalkan.

Akhir sekali, saya menggesa pihak kerajaan supaya membatalkan dan mengambil tanggung-jawab terhadap permasalahan dan kemelut seumpama ini yang menyerang umat islam secara terbuka daripada pelbagai arah dan sumber.

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close