Antarabangsa

Zionis Dokongi Kemenangan Obama

Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 4hb November 2008 yang lalu menyaksikan kemenangan besar Senator Barack Husein Obama ke atas pesaingnya John McCain. Beliau sekali gus mencipta sejarah sebagai Presiden kulit hitam pertama AS dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari Britain. Kejayaan Obama bukanlah satu perjalanan yang mudah buat anak kelahiran Hawaii ini, kerana beliau telah menempuh pertarungan sengit sejak hampir 24 bulan lalu, sebelum menempatkan dirinya sebagai lelaki paling berkuasa di dunia pada masa ini.Ternyata Obama telah melalui pelbagai rintangan sebelum memenangi pilihanraya yang cukup bersejarah tersebut.

Di antara halangan tersebut ialah rintangan rasisme yang masih berakar umbi di kalangan warga Amerika. Secara formalnya struktural rasisme telah dihapuskan di AS, namun secara realiti ianya masih kukuh terpahat. Semasa perjalanan kempennya, rasisme tampak jelas ketika poster-poster bangkai beruang hitam mengelilingi sepanduk dan poster Obama di Western Carolina University. Begitu juga di Oklahoma yang menyaksikan edaran bahan-bahan kempen yang jelas berbentuk perkauman. Menanggapi kejadian seumpamanya, Mark Potok yang merupakan Pengarah South Poverty Law Center telah mengatakan bahawa, “Ramai warga kulit putih AS yang takut dengan kehilangan negaranya di hadapan mata kepala mereka sendiri”.

Isu agama adalah rintangan yang besar apabila Obama yang merupakan anak kepada seorang Muslim yang berasal dari Kenya dikatakan mempunyai hubungan yang kuat dengan Islam dan golongan ekstrimis Islam. Namun Obama menafikan semua ini dengan menegaskan bahawa beliau adalah seorang penganut Kristian yang setia.

Halangan selanjutnya ialah isu pengalaman Obama yang dianggap cetek kerana beliau hanya menjadi senator pada tahun 2005 dan boleh dikira sebagai tidak cukup berpengalaman dalam mengatur pemerintahan Negara AS.

Banyak lagi halangan besar buat Obama sebelum berjaya ke White House, namun bagaimana mungkin Obama memenangi pilihanraya presiden ke atas McCain? Obama Berjaya meraih 346 undi dari Badan Pemilihan Presiden (BPP), jauh melebihi undi yang diperlukan untuk menjadi presiden iaitu 270 undi. Sedangkan McCain hanya mampu meraih 116 undi BPP.

Sebenarnya kemenangan Obama ini tidak begitu sukar untuk diramal. Bukan sahaja di kalangan pakar-pakar penganalisa politik bahkan di kalangan masyarakat umum yang cuba untuk memahami berita-berita yang dipaparkan oleh media tentang pilihanraya Presiden AS. Mengapakah ianya berlaku?

Secara umumnya ada dua penyebab utama kemenangan Obama. Pertamanya adalah disebabkan oleh faktor universal yang menentang keras terhadap polisi AS terhadap dunia luar seperti yang berlaku di Iraq, Afghanistan dan lain-lain. Manakala faktor kedua ialah dokongan Zionis yang menjadi penyebab utama kemenangan Obama di dalam pilihanraya tersebut. Dengan sokongan Zionis ini, Obama dan jenteranya mampu menghadapi dan melepasi semua halangan tersebut dengan agak mudah. Artikel ini berusaha menyingkap rahsia kemenangan Obama dan membahaskan serba sedikit harapan dunia Islam kepada Obama.

Kongres Amerika

Legislatif AS yang dipanggil Kongres mengamalkan sistem dua dewan iaitu Dewan Perwakilan Rakyat (DP) dan Senat. Anggota DP merupakan perwakilan dari setiap wilayah dalam sistem federal AS. Jumlah kerusi di DP dibahagikan sesuai dengan jumlah penduduk bagi setiap wilayah, lebih ramai penduduk bagi setiap wilayah maka akan semakin ramai wakil rakyat mereka di DP. Setiap anggota DP ini hanya boleh memegang jawatan selama dua tahun dan kemudian boleh dipilih kembali.

Senat juga merupakan perwakilan daripada setiap wilayah. Bezanya, setiap wilayah hanya boleh menghantar dua orang senator tanpa mengira kadar jumlah penduduk. Setiap senator menjawat jawatan ini selama 6 tahun dan boleh dipilih kembali. Senator inilah yag biasanya menjadi calon presiden samada dari Parti Demokrat, Parti Republikan mahupun sebagai calon bebas.

Senator yang telah lama berkhidmat dikenali sebagai senator senior seperti John McCain yang telah mewakili Arizona sejak tahun 1986. Ini bererti bahawa John McCain telah bersama mengendalikan pengurusan negara AS selama 22 tahun. Manakala senator yang belum lama dipanggil senator junior seperti Obama yang menadi senator sejak tahun 2005. Obama mengimbangi kekurangan ini dengan mengangkat Joseph R. Biden sebagai naibnya, Senator dari wilayah Delaware selama 35 tahun sejak 1973. Obama memilih Biden untuk mengimbangi kekurangannya dalam soal perang kerana Biden pernah pernah memimpin senator bidang perhubungan luar negara 2001-2003 dan terlibat secara langsung dalam perang Iraq sejak tahun 2003 lagi.

Pilihanraya Umum Presiden Amerika

Tanggal 4hb November lalu merupakan pilihanraya Presiden AS yang ke 44 dan pemenangnya akan dilantik sebagai Presiden AS pada 20hb Januari 2009. Sebelum pilihanraya presiden, terlebih dahulu diadakan pilihanraya  parti bagi menentukan calon dari parti masing-masing. Obama telah bersaing dengan Hillary Rodham Clinton untuk Parti Demokrat sebelum dimenangi oleh Obama pada 29hb Ogos 2008. Manakala dari Parti Republikan, McCain telah menang setelah bersaing dengan Alan Keyes, Ron Paul dan lain-lainnya. McCain kemudiannya telah memilih Gabenor Alaska, Sarah Heath Palin sebagai calon Naib Presiden mewakili Parti Republikan.

Faktor Kemenangan Obama

Ada beberapa faktor utama kemenangan Obama. Pertama, kelemahan pada Parti Republikan yang memilih McCain yang berumur 72 tahun yang diragui untuk memimpin AS secara optimal. Beberapa kenyataan McCain pula terhadap isu Iraq dan krisis ekonomi tampak tidak memuaskan dan yang lebih penting McCain ternyata tidak mendapat dokongan kuat dari Zionis. Manakala Sarah Palin sendiri tidak mampu berperanan untuk menutup kekurangan pada McCain.  Kedua, siapapun calon presiden dari Parti Demokrat akan sangat berguna bagi AS mendapatkan kembali sokongan dunia yang pudar selama pemerintahan Bush. Malahan isu perubahan yang dicanangkan oleh Obama mampu menarik minat warga AS dan pemerhati dari dunia antarabangsa.

Dokongan Yahudi-Zionis Kepada Obama

Obama mendapat sokongan Zionis yang menguasai politik AS dan dunia antarabangsa. Sejak tahun 1987, lobi Zionis yang dipayungi oleh American Israel Affairs Committee (AIPAC) telah mampu menguasai percaturan politik AS. Ini termasuklah dalam urusan pemilihan calon presiden yang lebih menguntungkan Zionis, menguasai sokongan massa serta sokongan suara kampus dan golongan mahasiswa sehingga generasi masa depan AS akan tetap pro-Zionisme.

Dokongan Zionis ini sesuai dengan kemaslahatan Israel, yang disesuaikan lagi dengan kemaslahatan dalaman dan luaran AS. Sejak tahun 2006, Zionis telah membaca kemarahan umum terhadap Republikan sehingga Zionis lebih mendokong Demokrat demi kemaslahatannya yang lebih banyak. Dengan dokongan Zionis, Demokrat berjaya mendominasi pilihanraya separuh penggal bagi tahun 2006. Melalui kemenangan Parti Demokrat ini jugalah, anggota Kongres AS yang berdarah Yahudi bertambah dari 37 orang menjadi 43 orang samada di kalangan anggota DP mahupun senat.

Pilihanraya Presiden 2008 jelas menunjukkan bahawa Zionis memberikan kepercayaan kepada Demokrat melalui sokongan media, bantuan kewangan, sokongan suara kampus dan dokongan tokoh-tokoh utama masyarakat AS yang memihak kepadanya.

Sokongan Media

Pada ketika ini, Zionis menguasai media AS dan dunia antarabangsa. Sebut sahaja sumber berita utama dunia seperti Reuters yang diasaskan oleh Julius Reuters, tokoh Yahudi yang berperanan mempastikan semua berita memihak kepada Yahudi. Begitu juga dengan AP, AFP dan lain-lainnya. Manakala media yang tercatat di bawah kawalan Yahudi ialah New York Times, The Washington Post dan The Times yang dimiliki Rupert Murdoch, mantan warga Australia yang pernah mendapat darjah kehormat ‘David Star’, sebuah penghargaan tertinggi yang dikurniakan oleh Yahudi Israel. Selain itu, radio dunia seperti RCA, NBC dan CNN tidak terlepas dari pengaruh Yahudi sehingga ke saat ini.

Oleh kerana media dikuasai Yahudi, maka calon presiden yang mendapat sokongan terbesar dari media bererti mendapat restu dari Yahudi Zionis. Di sini Obamalah yang paling didokong oleh media. Sejak Obama menjadi senator dari Illinois, majalah TIME telah menyenaraikan Obama sebagai salah seorang daripada 100 orang yang paling berpengaruh di dunia. TIME edisi 23 Oktober 2006 memaparkan wajah tersenyum Obama sebagai paparan muka depan dengan meletakkan tajuk ‘Why Barack Obama Could be The Next President’ yang ditulis oleh wartawan terkemuka, Joe Klein. Malahan Google juga tampak jelas menyokong Obama apabila mereka telah menyumbang USD 48.7 juta untuk kempen PRU bagi Obama manakala Mccain pula hanya menerima sebanyak USD 20.6 juta.

 

Sokongan Kewangan

Yahudi juga menguasai ekonomi AS dan dunia antarabangsa dengan pemilikan pusat penanaman modal dunia seperti Multinational Corporation (MNC) dan Transnational Corporation (TNC). Yahudi juga mendominasi tonggak kapitalis yang dikenali sebagai The Three Sisters iaitu World Bank, World Trade Organisation (WTO) dan International Monetary Fund (IMF). Jadi calon presiden yang mendapat dana terbesar adalah calon yang didokongi Zionis. Pilihanraya kali ini menyaksikan kempen Obama telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak USD 287.4 juta dan telah membelanjakan sebanyak USD 244.3 juta untuk kempennya ke White House sedangkan pesaingnya McCain hanya berhasil mengumpulkan dana sebanyak USD 119.6 juta dan berbelanja sebanyak USD 83.6 juta.

Sokongan kampus dan suara mahasiswa.

Lobi Zionis juga mencengkam golongan mahasiswa AS sehingga apabila mereka menjadi tokoh AS di masa depan, mereka akan tetap membela Israel. Zionis telah menyuburkan gerakan mahasiswa seperti The Caravan of Democracy yang sentiasa mengundang tokoh pro-Israel untuk berbicara dengan warga kampus. AIPAC juga terjun secara langsung dengan membiayai kegiatan kampus bagi menggarap golongan mahasiswa seperti memantau aktivis kampus dan melakukan latihan kepimpinan bagi mereka. Dari fenomena inilah menyebabkan mahasiswa AS berbondong-bondong mendokong Obama. Contohnya, mahasiswa di George Mason University, Virginia telah mengadakan acara “Barack Obama for President” sehingga menyebabkan puluhan ribu daripada golongan mahasiswa datang dengan penuh bersemangat untuk mendengar pidato Obama serta mengundi untuknya.

Sokongan tokoh-tokoh Yahudi Zionis.

Dokongan Zionis melalui tokoh-tokoh mereka terhadap Obama sangat jelas terserlah. Mantan Presiden AS, Bill Clinton yang pernah mengucapkan kesetiaan kepada Israel pada Kongres Yahudi Sedunia di New York pada 30 April 1995 telah menyatakan sokongan penuh kepada Obama pada kempennya yang lalu. Tokoh pro-Zionis lain yang menyokong Obama ialah John Kerry yang merupakan mantan calon presiden pada tahun 2004 yang berkempen dengan motto “Working for Peace in the Middle East and Security for Israel”. Malahan tokoh-tokoh Zionis dari Republikan seperti Colin Powell (mantan Setiausaha Luar AS), Scott McClellan (mantan Setiausaha Peribadi Bush) dan George Soros (tokoh kewangan) juga menyokong Obama.

Penutup

Amerika Syarikat kelihatan telah berjaya memanfaatkan Pilihanraya Presiden 2008 bagi memulihkan kembali wajahnya yang tercoreng selama 8 tahun pemerintahan George Bush. Ketika AS berpesta dengan kemenangan Obama, dunia antarabangsa juga tumpang bergembira bermula dari negara-negara Barat sehinggalah ke dunia Arab dan Islam yang lainnya.

Persoalannya, adakah harapan baru ini akan terserlah kemudiannya ataupun sekadar fatamorgana semata-mata?

Seketika dahulu pernah dunia Arab bergembira apabila Ehud Barak dari Parti Buruh terpilih menjadi Perdana Menteri Israel mengalahkan Benjamin Netanyahu dari Parti Likud yang bersikap kejam terhadap umat Islam di Palestin. Hanya sebulan kemudiannya harapan dunia Islam kepada Ehud Barak berkecai apabila ternyata bahawa beliau adalah lebih kejam dari Benjamin Netanyahu. Setelah Netanyahu memutuskan untuk membina 6500 unit rumah untuk pendatang haram Yahudi di Baitul Maqdis Timur, maka Ehud Barak kemudiannya memutuskan untuk memperluaskan penempatan buat pendatang haram Yahudi kepada 10 kali ganda daripada keluasan tanah yang diputuskan oleh Netanyahu sebelumnya.

Barack Obama sememangnya bukanlah Perdana Menteri Israel tetapi rentetan sejarah jahat Yahudi Zionis telah terbukti biasanya berlaku berulang kali. Apa yang berlaku di masa depan akan kita tatapi bersama tetapi sehingga kini harapan demi harapan seumpamanya telah sentiasa melukakan hati dunia Islam.

Obama dalam kempennya pada Ogos lalu telah membuat pengakuan di hadapan AIPAC bahawa Baitul Maqdis adalah milik Yahudi Israel secara kekal. Sedangkan resolusi PBB 242 dan 338 menjelaskan bahawa Palestin memiliki hak ke atas Baitul Maqdis. Dengan pengakuan ini, Obama ternyata membelakangi peraturan PBB demi kepentingan Yahudi Zionis. Beliau juga telah berjanji bahawa beliau akan mempastikan keselamatan Negara Israel sekiranya menjadi Presiden AS sebagaimana katanya,”My view is that the United States’ special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction” kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz (harian resmi Israel) sebelum tamatnya pilihanraya tersebut.

Sebaik sahaja memenangi pilihanraya Presiden AS, Obama telah memilih beberapa tokoh Yahudi bagi menduduki posisi penting dalam urusan Timur Tengah. Beliau telah mengangkat Rahm Emanual yang merupakan agen Yahudi Zionis yang radikal sebagai Ketua Staf White House. Rahm Emanual adalah agen Mossad yang pernah bertugas sebagai anggota Israel Defence Force (IDF) yang selama ini telah melakukan ratusan serangan kejam kepada penduduk Palestin. Bapa kepada Rahm Emanual sendiri pernah menganggotai sayap kanan pasukan Irgun Israel yang telah melakarkan sejarah pahit Palestin dengan Tragedi Hitam Deir Yasin pada 1948 yang telah membunuh 254 orang warga Palestin yang tidak berdosa. Selain Rahm Emanual, Obama juga telah memilih dua orang tokoh Yahudi iaitu David Exelrod sebagai ketua strategi dan Dennis Ross sebagai penasihat isu Timur Tengah kepada Presiden AS yang baru.

Tidak sukar untuk kita menanggapi dan menyimpulkan bahawa kepintaran Obama selama ini tampak begitu mirip kepada percaturan politik Zionis. Nah, inilah hakikat yang perlu dipelajari oleh umat Islam dan dunia antarabangsa agar tidak meletakkan pengharapan kepada tempat yang salah agar harapan tidak hanya tinggal sebagai igauan semata-mata di hari muka.

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close