Siapakah di belakang Khabib ?

Dagestan merupakan salah satu daripada republik Muslim majoriti yang masih berada di bawah jajahan Russia.

Dagestan mempunyai 3.1 juta penduduk dan 95 % daripada mereka adalah Muslim.

Republik ini terletak di kawasan pergunungan yang cantik pemandangannya, tetapi mempunyai sejarah pergolakan yang panjang dan kompleks.

Di kalangan anak muda Dagestan, semakin ramai yang kuat berpaut dengan Islam terutamanya selepas keruntuhan empayar USSR.

Ada yang pro-liberal Barat dan Russia. Bahkan ada yang menjadi agen kerajaan komunis Russia. Namun begitu semakin ramai yang pro-Islam / Arab terutamanya di kawasan perkempungan dan pergunungan.

Ramai di kalangan anak-anak muda ini yang sedang bergelut mencari pekerjaan di republik yang panjang dengan sejarah konfliks ini.

Khabib istiqamah mengerjakan solat

Khabib dibesarkan dengan didikan Islam oleh keluarganya yang menitikberatkan seni pertahanan diri, pelajaran al Quran dan solat berjamaah di masjid.

Khabib dan keluarganya jauh dari kesempurnaan tetapi pembesaran dan persekitarannya menyebabkan Khabib dan rakan-rakannya berbeza dengan ramai anak muda Dagestan yang lain.

Sehingga kini, Khabib masih banyak berahsia mengenai keluarganya.

Siapakah guru dan pendidik kepada keluarga dan masyarakat di sekitar kampung Khabib ?

Ke manakah Khabib selepas bersara daripada pertandingan MMA di UFC ?

Apakah perancangan Khabib terhadap masyarakat di sekelilingnya, apatah lagi dengan aset lebih USD 30 juta yang dimilikinya ?

Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]