AntarabangsaIsu SemasaPolitik Tempatan

Pen’China’an Malaysia – Adakah Mitos atau Satu Realiti ?

Saya ingin mengajak anak bangsa dan yang seagama untuk melihat perkembangan terkini yang berlaku di Tanah Air kita dengan lebih serius melangkaui blok politik kepartian. Ia bukan isu rasis atau perkauman, sebagaimana MCA, DAP, Gerakan, Dong Zhong, Hua Zong dan Dewan Perniagaan Cina boleh bersatu demi masa depan bangsa mereka di bumi bertuah yang bernama Malaysia.

Perkara yang dibincangkan ini bukan isu Barisan Nasional atau bukan isu Pakatan Harapan atau isu Perikatan Nasional. Ia bukan isu DS Najib, Tun Mahathir dan DS Anwar atau isu TS Muhyiddin Yassin tetapi ini adalah isu kesejahteraan dan keselamatan negara serta isu masa depan umat.

Saya sekali-kali tidak mengangkat tajuk ini atas alasan untuk membina tahap kebencian kepada rakyat Malaysia berbangsa Cina atau menganggapnya sebagai musuh, selagi semuanya mempunyai semangat patriotik dan menghormati kontrak sosial yang digunakan sejak lebih 63  tahun yang lalu.

  1. Tanah Melayu pernah disebut beberapa kali sebagai sebahagian daripada wilayah ke-20 Tanah Besar China dalam silibus pendidikan rendah negara China (1938). {Anwar Abdullah – Biografi Dato Onn – 2004 – UKM}.
  2. Saya sangat ‘concern’ dengan kesejahteraan dan masa depan negara dengan berlakunya lambakan ratusan ribu warga asing dari Tanah Besar China yang kini bermastautin di negara Malaysia seolah-olah tiada sebarang kawalan lagi.
  3. Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga tahun lalu. Di antara tahun 2016 – 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati sebanyak 76,258 (95.6 peratus) kes tidak mempunyai rekod tarikh keluar. {Sinar Harian 3 Dis 2019}
  4. Saban minggu kita mendengar berita warga China ditangkap di Pulau Pinang, Cyberjaya, Johor Bahru, Melaka, Puchong, Ampang dan banyak lagi adalah sebahagian daripada buktinya. Kebanyakan mereka terlibat dengan industri perjudian atas talian dan industry pelacuran. Ia adalah satu ‘open-secret’. {Sinar Harian 12 Dis 2019}
  5. JPN mendedahkan bahawa dalam tempoh 2011-2015 sahaja sebanyak lebih 17,000 kes wanita China yang berkahwin dengan rakyat tempatan yang tidak didaftarkan. {Astroawani – 21 Mac 2016}
  6. Beberapa portal berita telah melaporkan kes-kes penjualan kad pengenalan dan passport yang telah berlaku kepada ramai warga asing terutamanya dari tanah besar China. {The Star 30 Oct 2019}
  7. Sejumlah yang besar, ribuan pekerja warga China yang dibawa masuk bagi menyiapkan lebih 70 projek mega syarikat besar China yang menelan belanja ratusan billion RM. Di antara projek-projek mega tersebut adalah Forest City (Johor), Malacca Gateway, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Sepanggar (Sabah), Perlis Inland Port, ECRL, Terowong Pulau Pinang, Pelabuhan Pulau Carey (Selangor), Sarawak Steel Plant dan puluhan projek yang lain.  {PenChinaan Malaysia – 2018 – IRIS}.
  8. Beberapa laporan yang menyatakan bahawa rakyat China juga merupakan warga asing yang paling ramai membeli rumah di Malaysia melalui program Malaysia My Second Home {UKM e-journal}. . Bahkan inisiatif kerajaan China menggalakkan warganya menetap di Malaysia dengan memberi kemudahan pinjaman peribadi melalui China Bank of China cawangan Malysia. {PenChinaan Malaysia – 2018 – IRIS}.
  9. Pemilikan dokumen rasmi seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan passport yang pernah didedahkan dahulu merupakan kemuncak kepada kerisauan kerana ia membuktikan wujudnya pengkhianat dan petualang negara yang terdiri daripada orang dalam agensi kerajaan. {Berita Harian 12 Nov 2019}
  10. Rakyat malaysia juga sangat risau dengan perkembangan di Laut China Selatan dengan pelbagai cubaan kapal pengintip, kapal nelayan dan armada laut China yang menceroboh perairan Malaysia dan telah membina persiapan ketenteraan mereka secara besar-besaran di Laut China Selatan. { Asyraf Farique – Landskap Mei 2020 – IRIS}
  11. Kita telah lihat apa yang berlaku di Zimbabwe, Sri Lanka, Kenya dan lain-lain akibat berhutang kepada negara China. {NY Times 25 June 2018}
  12. Rakyat Malaysia juga ‘concern’ dengan siri cubaan dari dalam negara untuk menghidupkan ideologi komunis, contohnya dengan kes menyeludup masuk debu mayat mendiang Chin Peng (Ketua PKM) ke Perak pada September 2019. {Astroawani 28 Nov 2019}
  13. Ada juga di kalangan rakyat Malaysia termasuk ahli politik yang turut memperjuangkan agenda komunis secara terbuka dengan menghadiri perhimpunan seramai lebih 300 orang bekas anggota komunis Malaya di Kole New Era Kajang. {Berita Harian 1 Dis 2019}

Saya menyarankan agar para YB Menteri dari PN dan semua  Ahli Parlimen dari kalangan orang Melayu dan umat Islam untuk mengkaji isu ini serta memperjuangkannya bersama di Dewan Rakyat.

Ini bukan isu BN atau PH atau isu PN tetapi ini adalah isu keselamatan dan kesejahteraan negara, isu masa depan umat Islam dan bumiputera sebagai rakyat majoriti di negara Malaysia yang tercinta. Setiap yang mengaku sebagai rakyat Malaysia mesti membuktikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara yang tercinta.

Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara Islam yang adil, maju dan makmur, harmoni dan progresif dengan dominasi Melayu Muslim yang berwibawa sebagai tunjang kepimpinan negara.

 

Dr Zainur Rashid Zainuddin

Bersambung : [ t.me/zainurrashid ]

 

Rujukan lanjut akan diberikan atas permintaan.

 

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close