Antarabangsa

Asal usul Boris Johnson, PM British

Moyangnya, Ali Kemal adalah seorang Muslim daripada Turki yang berpendidikan tinggi. Ali Kemal pernah bekerja sebagai wartawan dan penulis sebelum menjadi ahli politik yang popular dari aliran liberal di Istanbul, Turki (mati dibunuh).

Hubungan Boris Johnson dengan Turki dan Islam


Saya tidaklah begitu terkejut dengan kisah ini, bagaimana keturunan seorang Turki Muslim boleh menjadi PM British, apatah lagi beliau, ayah dan datuknya telah dibesarkan sebagai ‘British tulen’ semenjak mereka kecil lagi (3 keturunan).

Ali Kemal Berkahwin dengan Winifred Brun di London


Ali Kemal sendiri berkahwin dengan isterinya di London di sebuah gereja. Beliau sendiri pernah menyertai Young Turks movement (disertai oleh Mustafa Kamal Atarturk) dan menjadi ahli Anglophile Society semasa aktif berpolitik di Turki.

Winifred Brun, Isteri Ali Kemal meninggal dunia selepas melahirkan Osman Ali (datuk Boris Johnsan). Osman Ali dibesarkan oleh neneknya Margaret Brun sebagaimana anak-anak British yang lain, bahkan namanya telah ditukar kepada (Wilfred Johnson).

Beliau juga telah berkahwin dengan wanita British dan dengannya mereka memiliki anak yang bernama Stanley Johnson (ayah Boris).

Boris Johnson dan ayahnya, Stanley Johnson

 

Sayang sekali, bagaimana seorang wartawan yang asalnya pernah mendapat pendidikan Islam semasa kecilnya boleh berubah menjadi seorang yang berfahaman liberal dan anglophile (pemuja British).

(Boris Johnson menyatakan bahawa moyangnya, Ali Kemal bukan sahaja mempelajari al Quran, bahkan juga menghafaznya)

Bersempena dengan PKP ini, anda juga boleh membaca dan mengkaji bagaimana Barak Husain Obama yang mempunyai darah keturunan Muslim akhirnya boleh menjadi Presiden AS.

British dan AS tidak akan menghalang rakyatnya yang berasal dari keturunan Islam untuk menjadi pemimpinnya tetapi dengan syarat, mereka mesti mendokong agenda terbuka dan agenda di sebalik tabir mereka dengan seluruh ‘jiwa dan raga’.

Zainur Rashid Z

Ikuti catatan lanjut di : [ t.me/zainurrashid ]

Baca lagi :

https://www.google.com/amp/s/www.dailysabah.com/feature/2020/01/08/if-ali-kemal-had-money-boris-would-have-been-a-turkish-citizen-now/amp

Boris Johnson’s Muslim great-grandfather had memorized Quran
https://www.siasat.com/boris-johnsons-muslim-great-grandfather-had-memorized-quran-1873410/

https://www.google.com/amp/s/ahvalnews.com/boris-johnson/real-story-what-happened-british-pm-johnsons-ottoman-ancestor%3famp

https://www.geni.com/people/Osman-Ali-Kemal-Johnson-Wilfred-Johnson/6000000011177565532

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button