Zionis konsisten dalam misi memusnahkan al-Aqsa

Tarikh 21 Ogos adalah detik hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 42 tahun lalu (21 Ogos 1969), maruah umat Islam tercalar dengan penghinaan apabila Masjid Al-Aqsa dibakar pelampau Yahudi yang disokong kuat Kristian Zionis.

aqsa dibakar 1 300x225 Zionis konsisten dalam misi memusnahkan al AqsaUsaha terkutuk ini dilakukan penjenayah dari Australia, Michael Dennis Rohan.

Rohan menyalakan api di dalam Masjid Al-Aqsa untuk membakar dan sekali gus memusnahkannya. Api marak hampir saja memusnahkan keseluruhan Masjid al-Aqsa. Namun tindakan tangkas umat Islam di Baitulmaqdis selama sehari suntuk mengizinkan mereka memadamkan api berkenaan.

Rohan sebenarnya tidak bersendirian dalam melakukan jenayah keji ini. Dia mendapat sokongan rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid Al-Aqsa lenyap daripada muka bumi bagi meneruskan projek membina Yahudi, Solomon Temple atau Haikal Sulaiman di dataran Baitulmaqdis.

Penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembakaran itu ditangkap, namun dibebaskan tanpa hukuman. Mahkamah Israel sentiasa bersandiwara apabila memutuskan Rohan, seorang doktor perubatan sebagai tidak siuman dan hanya dihantar pulang ke Australia. Rohan pula dengan bongkaknya berkata, apa yang dilakukannya adalah tanggungjawab agama seperti dalam ajaran Talmud. Dia turut mendakwa berjaya melaksanakan misi diperintahkan tuhan.

Pihak Zionis memulakan perancangan dengan menutup saluran paip ke Masjid Al-Aqsa agar agenda jahat itu berjaya membuahkan hasil maksimum. Tentera Israel juga menghalang pasukan bomba dan warga Arab memasuki kawasan masjid pada hari berkenaan.

al aqsa dibakar 2 Zionis konsisten dalam misi memusnahkan al AqsaTindakan biadab ini menyebabkan sebahagian besar Masjid Al-Aqsa rosak dan menjadi arang. Kemusnahan itu melebihi sepertiga kawasan iaitu kira-kira 1,500 meter persegi daripada 4,400 meter persegi keluasan masjid. Mimbar Salahuddin al-Ayyubi yang bersejarah, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar serambi masjid juga hangus. Turut musnah atap masjid serta tiang indah dihiasi ayat al-Quran.

Pembakaran Al-Aqsa mengundang protes seluruh dunia Islam bermula dari Maghribi di Barat hingga ke Indonesia di Timur. Banyak pertemuan dan perundingan peringkat serantau dan antarabangsa diadakan bagi menghentikan kemarahan umat Islam. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga terpaksa mengadakan sidang tergempar dan mengeluarkan Resolusi 271 yang mengutuk Israel dan menyeru agar menghentikan segala usaha yang bertujuan merubah status Baitulmaqdis dan pengyahudian Masjid Al-Aqsa.

Pemimpin negara Islam pula bergabung dan bersetuju menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berikutan pembakaran Masjid Al-Aqsa. Mereka mengadakan pertemuan tergempar di Rabat, ibu negara Maghribi serta menghasilkan resolusi mencegah apa jua usaha penodaan Masjid Al-Aqsa. Namun sedihnya resolusi itu hanya tinggal resolusi yang tidak berjaya dilaksanakan. OIC sebenarnya terbukti gagal dalam mewakili umat Islam bagi menangani keselamatan dan kesucian Masjid Al-Aqsa.

Kesan pahit daripada pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 1969 terus dirasai dunia Islam hingga ke saat ini. Banyak lagi jenayah yang dilakukan terhadap Al-Aqsa.

Kini, selepas 42 tahun pembakaran Masjid Al-Aqsa, masih ada ribuan lagi pengganas Zionis dan Yahudi radikal yang terus menanti kelalaian umat Islam untuk memusnahkannya. Zionis sebenarnya bertungkus-lumus untuk mengyahudikan Masjid Al-Aqsa sejak peristiwa An Naksah (malapetaka yang berulang) iaitu peristiwa penjajahan Baitulmaqdis Timur dan Masjid Al-Aqsa pada 1967.

masjid al aqsa 3 300x200 Zionis konsisten dalam misi memusnahkan al AqsaBanyak lagi jenayah projek pengyahudian Al-Aqsa dilakukan, termasuk menghalang umat Islam menziarahi masjid ini dan memakmurkannya, menghalang usaha membaik pulih Masjid Al-Aqsa yang rosak, merampas Tembok Buraq yang menjadi sebahagian Al-Aqsa, mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Masjid Al-Aqsa, siri pengeboman secara terancang ke atas masjid, siri pembunuhan umat Islam di Masjid Al-Aqsa, penggalian terowong besar dan panjang di bawah masjid ini, mengubah identiti Islam dan Arab kepada Yahudi di Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa serta pembinaan Sinagog Hover bersebelahan Al-Aqsa.

synagog hover Zionis konsisten dalam misi memusnahkan al Aqsa

Synagog Hover yang telah dibina bersebelahan dengan Masjid al-Aqsa

jewish only bridge 300x195 Zionis konsisten dalam misi memusnahkan al Aqsa

Jambatan khusus untuk Yahudi sahaja di perkarangan Masjid al-Aqsa

Sudah terlalu banyak jenayah yang telah dilakukan oleh Zionis terhadap Masjid Al-Aqsa yang menjadi jantung hati umat Islam di sekuruh dunia. al aqsa41 300x250 Zionis konsisten dalam misi memusnahkan al AqsaAl-Aqsa adalah kiblat pertama, masjid ketiga suci serta bumi Israk dan Mikraj. Masjid Al-Aqsa mesti diselamatkan daripada kemusnahan tangan-tangan jahat Zionis. Apa yang sudah dan sedang berlaku terhadap Al-Aqsa patut menyedarkan umat Islam daripada terus lena di buaian mimpi…..

Artikel ini pernah diterbitkan di ‘The Malaysian Insider’ pada 19hb Ogos 2010 bersempena dengan Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia pada 21hb Ogos di setiap tahun.

http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/zionis-tidak-jemu-rancang-misi-lenyapkan-al-aqsa-dr-zainur-rashid-zainuddin/


Go to the main page
Artikel ini bermanfaat?, please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

8 Responses to Zionis konsisten dalam misi memusnahkan al-Aqsa

  1. Nooramali says:

    Semoga Allah merahmati anda dan semua hamba Allah yang ikhlas berjuang..
    -NR, Selangor.

  2. Faizal M says:

    Salam Dr. Z

    Apakah sudah tidak ada lagi pemimpin islam Di dunia (OIC) sehebat Pemikiran dan Ketaqwaan Sultan Muhammad Al-Fateh yang mampu menawan constantinopel… yang berjaya menghancurkan Empayar Rom… Sehingga Dunia Islam kini sangat lemah dan tidak berdaya….. sungguh menyedihkan…

    “Pemerintah yang Baik (Raja)…. Tentera Yang Baik… Rakyat Yang Baik…..”

    Salam Ramadhan …. Al Mubarak

  3. eJadd says:

    Kiblat pertama Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis,
    Kiblat kedua Masjidil Haram Kaabah di Kota Makkah,
    Kiblat ketiga Masjid Nabawi maqam Rasuli di Madinah,
    Ketiga2nya kiblat yg suci bagi agama Islam dan ummah,
    Wajib dipelihara kesuciannya dari dicemari dimusnah….

    “Selamat menjalani Ibadah Puasa
    di Bulan Ramadan Al-Mubarraq…”

    Allahu’alam & Salam…

    • Salam,

      Sedikit pembetulan ya :

      1-masjid al aqsa adaah kiblat pertama dan majid al haram adaah kiblat ke 2 (kita tiada tiada kiblat ke 3)

      2-dari sudut kemuliaan di sisi Allah & umat Islam, masjid al haram yang paling mulia, ke 2 masjid nabawi dan ke 3 masjid al aqsa

      Ini adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: ” Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ke tiga masjid: Masjid al-Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa”.

      Dari Abu Darda menceritakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: ”Solat di Masjid al-Haram bersamaan dengan seratus ribu kali solat, solat di Masjidku bersamaan seribu kali solat dan solat di Masjid al-Aqsa bersamaan dengan lima ratus kali solat” Hadith riwayat at-Tabarani

      wallahu’alam

  4. Haziq says:

    Salam,

    Bukahkah masjid kubah kuning seperti dlm gambar tu adalah Dome of Rock (Masjid Qubbat As-Sakhrah) ??

    Pihak Yahudi telah lama ingin menipu umat Islam dunia dengan mengelirukan antara Dome of Rock dan Masjid al-Aqsa yg sebenar.

    • Masjid yang berkubah kuning namanya Masjid Qubbah as Sahra (Dome of the Rock)
      Masjid yang berkunah hijau tua namanya Masjid Qibli atau Masjid Jumuah (kadang2 dipanggil Masjid Aqsa)
      Masjid al Aqsa yang sebenar merangkumi semua kawasan di dalam tempok 4 persegi, jadi Masjid Dome of the Rock adalah sebahagian daripada al Aqsa yang sebenar….

  5. amimah says:

    kita tahu Yahudi zalim, tp kenapa susah utk kita tinggalkan produk mereka spt Nestle, Johnson&johnson, pizza hut, McD, KFC, rokok n etc? apakah kita lupa bahawa kita sedang menyumbangkan kepada dana Yhudi utk merek membunuh saudara kita dan merosakkan masjidil Aqsa? renungkanlah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge