Ummah yang dilupakan…..

rohingya 1 dihina Thailand1 Ummah yang dilupakan.....

Pelarian Rohingya yang dilayan seperti hamba di Thailand

Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

Siapakah umat Islam Rohingya?

Rohingya refugees map 1 238x300 Ummah yang dilupakan.....Umat ​​Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Rohingya refugee1 Ummah yang dilupakan.....
Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a)      Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b)     Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c)      Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d)     Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

anak anak rohingya Ummah yang dilupakan.....

Anak-anak Rohingya menagih simpati dunia antarabangsa

e)      Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f)       Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g)      Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h)     Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.

Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.

Boat people1 300x225 Ummah yang dilupakan.....

Diheret ke tengah lautan dalam dan dibiarkan di dalam kapal yang telah dicabut enjinnya

Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.

pelarian rohingya di acheh Ummah yang dilupakan.....

Pelarian Rohingya di Acheh

Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara  Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Kalau bukan kita, siapa lagi ?

ummah yang dilupakan foto Ummah yang dilupakan.....

Kenapakah kami dilupakan ?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.

Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Beberapa saranan :

  1. Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.
  2. Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.
  3. NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.
  4. Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.
  5. Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.
  6. Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.
nasib baik Ummah yang dilupakan.....

Keceriaan mereka, kegembiraan kita....

Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”

Hadith riwayat Muslim

Jom, peduli ummah…..

Juga baca :

http://uscampaignforburma.org/rohingya-people-of-burma/

http://www.islamfactory.com/articles/94/forgotten-ummah-rohingya-muslims

http://www.thenutgraph.com/forgotten-muslims/

http://malaysianrohingyarefugeessosaity.blogspot.com/2010/06/15001-rohingya-community-in-malaysia.html

http://meeky-meeky.blogspot.com/2009/02/boat-people.html

http://aliran.com/5637.html


Go to the main page
Artikel ini bermanfaat?, please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
This entry was posted in Kemanusiaan, Palestin dan Antarabangsa. Bookmark the permalink.

27 Responses to Ummah yang dilupakan…..

  1. hajah fairos says:

    Salam.Sedih saya membaca artikel ini,terasa sakit seluruh anggota.Bagaimana kita secara individu boleh membantu mereka?Jika mereka tiba di Malaysia,apakah mereka diterima dan dilayan sebagai pendatang dengan baik?tidak seperti yang Thailand lakukan…Di mana kita boleh melawat mereka?

    • Pia Ghani says:

      Sya dah terlalu banyak terbaca cerita cerita begini di laman facebook dan lain nya sehingga saya menjadi bosan dan jelak..Bukan saya tidak simpati pada nmangsa mangsa itu tetapi saya dah jemu dgn. sikap2 kau orang hanya nak post di laman2 sebini tanpa menemui satu keputusan bagaimana cara2 nya untuk membantu mereka. Mengapa mereka dihalau dari negeri mereka sendiri? Dari mana mereka ni sebenar nya. Ade kah mereka ini di beri layanan seburuk ini sebab mereka berugama Islam? Kalau kita tubukan satu badan, tubuhkan satu tabung
      bntuan untul mereka, tidak mustahil sedikit demi sedikit penderita’an mereka
      dpt di atasi. Orang2 yg. menganyiaya mereka pun akan segan. Ni setakat post gamabar2 dan cerita2 sedih je, ape ade?

  2. Pingback: Pembunuhan Etnik Muslim Rohingya di Myanmar. | Minda Ahad

  3. kyo_9 says:

    Betul juga..
    kenapa kita terlalu melebih2kan isu di Palestine tapi buat2 tak nampak kes2 sebegini ek?
    kyo_9 recently posted..Volunteer Work: Day 4My Profile

  4. jun says:

    mohon bagitau cara untuk membantu mereka..kita tidak boleh biarkan mereka..mereka saudara kita.

  5. Assalamu’alaikum Dr Zainur,

    Mohon share artikel ini di dalam blog saya.

    Syukran

  6. Pingback: Rohingya : Ummah yang dilupakan… | Berita Harian

  7. Pingback: Rohingya : Ummah yang dilupakan… | Minda Mandul

  8. Pingback: Today’s Links | Berita Harian

  9. Hafizah says:

    salamualaikum tuan~ mohon dikongsikan di wall fb sya mengenai isu ini…:)

  10. iman says:

    salam prof…boleh saya tau apakah saluran yg terbaek untuk memberi derma atau bantuan…

  11. Atiqah binti Abu Hassan says:

    assalammualaikum dr.

    saya merupakan editor buletin bagi perodua.mohon izin untuk meletakkan artikel dr ini di dalam buletin perodua.
    di samping artikel dr, untuk bertujuan bersama2 membantu umat islam,saya turut menyelitkan tentang Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran Malaysian Relief Agency (MRA) bagi staff2 yg ingin menyumbang.

    terima kasih

  12. Mak Kiah says:

    Assalamualaikum, pertama kali melayari Website Dr. kak rasa tersentuh dan teruja untuk membaca kesemua artikel tanpa rasa jemu, semua artikel, cerita dan nukilan yang dimuatkan amat menarik menyentuh semua aspek terutama agama, kemaknusiaan, pendidikan dll yang bolih dibuat pedoman, iktibar dan dikongsi bersama keluarga dan rakan seperjuangan. Kak doakan Dr. dan keluarga menfapat rahmat dari Allah, teruskan usaha yang murni ini. Aminnn.

  13. musa bin atan says:

    saya hanya mampu berdoa agar mereka ditempatkan bersama 2 org beriman

  14. Hana Farhana says:

    salam dr. Sy masih lagi student. dan daripada perkongsian ini baru saya sedar bahawa masih byk lagi isu umat islam yg ditindas. Sy ingin mohon kebenaran dr untuk saya kongsikan artikel ini di blog saya. Semoga dr dan keluarga sentiasa dirahmati oleh Allah swt.
    Hana Farhana recently posted..:: My favourite Music : Trust In Allah by Saif AdamMy Profile

  15. sid says:

    Salam Dr.,
    This kind of story makes me cried inside. As ordinary people, all I can do is praying for them after each solat. For Allah will make their life better. InsyaAllah.

  16. Mzliah says:

    Terima kasih atas perkongsian dan maklumat dr. Mohon share. Mudah2n, kita dapat membantu mereka walau hanya dengan berdoa.

    • Terima kasih atas sokongan. Mengambil peduli perihal umat adalah satu daripada tanggung-jawab kita bersama. Sekurang-kurangnya kita iringi doa kepada mereka dan dikongsikan dengan keluarga dan teman kenalan yang lain.

  17. anuar says:

    apa perlu buat?? adakah hanya dgn bantuan ubat2an, mknan dan derma sdangkan kematian umat x terbela…hanya setakat tu ja ka???…sedangkan negara yg membunuh umat islam mngajur sukan sea negara islam lain join skali meraikan nya…adkah bila ada kecerdaan kita hnya bantu dgn ubat…duit dan sebagai nya…hakikat aktiviti pembunuh perterusan…ermm…apa2 pun DR dh buat yg terbaik…

  18. Shahzarimin says:

    Where is Aung San Suu Kyi ? AC National League for Democracy (NLD) and all her awards Nobel Peace Prize, Sakharov Prize, Presidential Medal of Freedom, Congressional Gold Medal, Jawaharlal Nehru Award for International Understanding, Thorolf Rafto Memorial Prize, International Simón Bolívar Prize, Bhagwan Mahavir World Peace, Olof Palme Prize, Wallenberg Medal, Freedom of Dublin City

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge