Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Qur’an

Kejadian pembentukan dan perkembangan manusia di alam rahim adalah suatu fasa yang begitu menakjubkan buat mana-mana insan yang mahu berfikir.

1-Peringkat kejadian ‘an-nutfah’ نُطْفَةً -

Ini adalah fasa persenyawaan di antara benih lelaki dan benih wanita sehingga berlakunya implantasi (embryo mula melekat kepada rahim) sperm 1 300x225 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran sperm and ovum Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran

خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِينٍ  وَلَقَدْ
• نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ   ثُمَّ جَعَلْنَاهُ
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah. Kemudian Kami jadikannya air mani (yang disimpan – nutfah) dalam tempat yang kukuh (rahim).”  - surah al mukminin ayat 12-13
ovum lg 300x193 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al QuranNutfah , sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah saw apabila ditanya oleh seorang Yahudi mengenai kejadian manusia  : ” Manusia dicipta daripada kedua-dua, daripada nutfah lelaki dan nutfah seorang wanita ” (Diriwayatkan – Musnad Ahmad, Jilid 1, ms 465) .
Ini adalah proses perpindahan embryo sehingga berlakunya implantasi (janin melekat di rahim)
fertilisation implantation 300x226 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita…” –Surah Al-Hujraat  : Ayat 13

2-Peringkat kejadian al’alaqah –  الْعَلَقَةَ  -

Fasa permulaan embrologi -(early embyogenesis) apabila organ janin yang primitif mula dibentuk.
Apakah yang dikatakan ‘alaqah ( الْعَلَقَةَ ) ?
Di dalam Bahasa Arab, ‘Alaqah ( الْعَلَقَةَ ) mempunyai 3 erti.
i-Yang tergantung (janin yang bergantung di dalam rahim ibunya)
suspended Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
ii-Lintah atau leech (janin menyedut atau mengambil makanan di dalam rahim ibu)
ch1 1 a img1 300x155 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
iii-Ketul darah – morfologi ‘alaqah seumpama ketul darah sebelum terbentuknya sistem peredaran darah yang sempurna.
bllod circulation Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran 

ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
Kemudian nutfah itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu (‘alaqah) Kami jadikan segumpal daging (mudghah), dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik. -Surah al-Mukminun ayat-14

Alaqah 300x234 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud : “ Pada setiap seorang daripada kamu, semua bahagian (anggota) ciptaan dikumpulkan di dalam rahim ibumu dalam masa 40 hari”. -Hadith shahih riwayat Bukhari & Muslim

3-Peringkat kejadian mudghah - الْمُضْغَةَ   -

Mudghah adalah peringkat pembentukan organ yang lebih sempurna selepas fasa ‘alaqah

Mudghah bererti ‘bahan yang dikunyah’. Ini dibuktikan kebenarannya apabila kajian sains mendapati  morfologi janin pada ketika ini seolah=olah seperti kesan bahan yang dikunyah. mudghah compare 215x300 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quranmudhghah 28 hari Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran

Bayi berumur 8 minggu
8 minggu Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
Seluruh organ tubuh utama bayi telah terbentuk meskipun belum berkembang sempurna. Mata dan telinga mulai terbentuk. Jantung berdenyut dengan semakin kuat. Dengan ultrasound kita dapat melihat jantung janin ini berdenyut dengan agak laju.
scan 8 weeks 300x227 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
Bayi ketika berusia 12 minggu
organogenesis – pembentukan organ-organ bayi telah pun lengkap tetapi belum matang secukupnya)
12 Week Fetus1 300x221 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quranscan 12 weeks four days 300x200 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran

Panjang janin sekarang sekitar 6,5 cm dan beratnya sekitar 20 gram. Kepala bayi menjadi lebih bulat dan wajah telah terbentuk sepenuhnya. Jari-jari tangan dan kaki terbentuk dan kuku mulai tumbuh. Bayi mulai menggerak-gerakkan kaki dan lengannya, tetapi ibu belum dapat merasakan pergerakan ini.

Bayi ketika berusia 17-18 minggu

Setelah melebihi 120 hari – (ensoulment – iaitu peniupan ruh telahpun berlaku)

18 WKS 300x300 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran17 weeks 300x225 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al QuranPanjang janin sekarang sekitar 16 cm dan beratnya sekitar 50 gram. Dengan bantuan scan, kita dapat melihat kepala dan tubuh bayi secara lebih terperinci, kita juga dapat melihatnya bergerak-gerak. Ia menggerak-gerakkan seluruh kaki dan lengannya, menendang dan menyepak. Inilah tahap di mana kebanyakan ibu dapat merasakan gerakan bayi buat kali pertamanya.

Ketika berusia 24 minggu

24 weeks Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran

Sekarang panjang bayi sekitar 32 cm dan berat puratanya 500 gram. Ibu dapat merasakan bahagian-bahgian tubuh bayi yang berbeza yang menyentuh dinding perutnya. Otot rahim ibu sekain merenggang dan kadang kala ibu mula merasakan sakit di bahagian perutnya.

Ketika bayi berusia 30 minggu

30 week fetus 300x254 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran

Kepala bayi sekarang sudah mula seimbang saiz dengan tubuhnya. Ibu mungkin mengalami tekanan di bahagian pernafasan dan perut. Sekarang berat bayi sekitar 1200-1500 gram dan panjangnya sekitar 40 cm.

Ketika berusia 36 minggu

38weeks Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran

Bayi sudah hampir sepenuhnya matang. Dia mula turun ke rongga tempat ibu melahirkan nya. Kulit bayi sekarang  semakin halus dan tubuhnya montok. Apabilad dia bangun, matanya terbuka dan dia dapat membezakan di antara terang dan gelap. Sekarang kepanjangan bayi sekitar 50 cm dan beratnya berkisar antara 2500 hingga 3000 gram. Ibu harus semakin bersedia untuk menyambut kedatangan si dia ke alam dunia.

Alhamdulillah, keadaan bayi yang menangis sebagaimana kebanyakan bayi, sebaik sahaja dilahirkan ke dunia.

baby delivery photo 02 300x195 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al QuranSubhanallah, allah akbar….lahirnya seorang lagi seorang insan yang baru. Membuktikan salah satu tanda daripada jutaan tanda kebesaran Allah swt. semoga anak ini menjadi insan yang soleh dan cemerlang serta dipilih sebagai pewaris kepimpinan umat yang baru di masa depan.

Apa pandangan pakar-pakar embryology sedunia tentang hubungan ayat al Qur’an dan hadith (1500 tahun) dengan fasa perkembangan janin yang baru sahaja dibuktikan oleh sains hanya pada kurang daripada 100 tahun yang lalu.?

keith moore Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran

Prof Keith L. Moore, Professor Embryologi & Deputy Dean, Faculty of Medicine,Toronto University telah menyatakan bahawa sains telah membuktikan kebenaran ayat al Quran dan kata-kata Muhammad yang telah dilafazkan sejak lebih 1400 yang lalu. Ini bererti bahawa al Quran mestilah datangnya dari Tuhan dan Muhammad tidak berbicara berdasarkan pengetahuannya sendiri.

TEJASEN1 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al QuranProfessor Tajasen, Mantan Ketua Jabatan Anatomy & Embryologydi Chiang Mi College of Medicine, Thailand berkata, “ Fakta-fakta saintifik ini telah diturunkan sejak lebih 1400 tahun yang lalu yang hanya dapat dibuktikan oleh perkembangan sains moden yang terkini.” Professor Tajasen terus berucap bahawa kini telah sampai masanya untuk beliau memeluk agama yang benar iaitu Islam.

Rujukan :

1-A Brief Illustrated Guide to Understanding Islam – I.A. Ibrahim- http://www.islam-guide.com/

2-Color Atlas of Clinical Embryology – Keith L. Moore – Amazon.com

3-Al Qur’an dan Terjemahannya – Pustaka Darul Iman 2007


Go to the main page
Artikel ini bermanfaat?, please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

19 Responses to Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Qur’an

  1. Makbonda says:

    Kupasan ilmu yang sangat mesrapembaca,sangat lazat untuk dinikmati, mudah dicerna dan dihadham. Maha suci Allah yang menurunkan insan ini sebagai wasilah menyampaikan ilmu NYA.

  2. dayang rufaiha says:

    subhanallah..Allahuakbar…sesungguhnya Allah itu Maha benar lagi Maha Mengetahui…semoga ini bisa membuka hati insan2 d luar dan juga diri kta sendiri…semoga sentiasa berada dalam perlindungan Allah…amin Ya Rabb

  3. nor ashikim mahmad redzuan says:

    Allahuakbar, besarnya kuasa Allah..
    beruntunglah bagi yang berfikir

  4. mazlan says:

    Alhamdulillah dan terima kasih atas perkongsian ilmu, semoga mendapat rahmat dari Yang Maha Esa.

  5. leeya abdul says:

    Assalamu’alaikum Dr.

    Terima kasih dgn kupasan ini. Anak2(kembar) saya berusia 14tahun. Mereka pernah bertanyakan tentang kejadian manusia. Alangkah bagus jika perkembangan janin kembar juga dibincangkan. Saya percaya mungkin anak2 saya ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana keadaan mereka semasa berada di dalam perut ibunya. Izinkan saya share info ini bersama. Terima kasih.

  6. wan saliha says:

    Assalamualaikum Dr..
    Saya akn share maklumat yg sungguh bermakna untuk manusia sedar asal usulnya bersama pelajar2 saya..Alat Bantu yg sgt membantu utk kami,agar kami jd mukmin yg semakin dekat kpd Allah

  7. hazlin says:

    info yang menyentuh perasaan saya sebagai ibu

  8. ian says:

    Sesungguhnya kebesaran ALLAH mengingatkan kita asal kejadian kita yang sebenarnya.Semoga menjadi mukmin sejati dan sentiasa dipelihara ALLAH…

  9. sangat menarik sekali saya baca artikel Dr. Zainur, menambah pemahaman saya tentang Kebesaran Allah di alam semesta ini. akan saya share ke khalayak ramai, supaya mereka pun bertambah ilmu mengenai penciptaan manusia.

  10. Amran Rafiq says:

    Allahuakbar, Allah Maha Besar,Tuhan Semesta Alam…bila membaca kisah2 kekuasaan dan kemampuan Allah melakukan semua ini,hendak tak hendak akan membuatkan kita berfikir (tentang kebesaranNya)..timbul rasa “halus seperti kuman (agaknya) kita ini pada Allah,lantas apa alasan kita mahu melakukan dosa pada Allah? Allahuakbar,byk sungguh dosaku pada Mu ya Allah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge