Mujahidah kental si Muneerah…

woman reading quran Mujahidah kental si Muneerah...Tanpa disedarinya aku memerhatikan perjalanan dan perjuangan hidup seorang mahasiswi srikandi. Muneerah (bukan nama sebenar) telah mula ku kenali semenjak  zaman remajanya lagi. Ketokohan dan berkepimpinan, ternyata mula terserlah di dalam hidup sehariannya sebagai pelajar. Muneerah dilahir dan dibesarkan di dalam keluarga yang berada tetapi beliau tidak terkesan dengan kekayaan yang dimiliki keluarganya.

Kesungguhan dan kebijaksanaan kerap membuahkan natijah bersejarah apabila Muneerah sentiasa muncul di kalangan teratas di persada pengajian menengahnya. Muneerah kemudiannya melanjutkan pengajian ijazahnya di sebuah pusat pengajian yang  terkenal. Walau pun berpaksikan pengajian sains, Muneera fasih berbahasa Arab dan turut menghafaz 30 juzuk al Qur’an sejak zaman remajanya.

Kesungguhan pengorbanannya ternyata di luar kebiasaan aktivis mahasiswi kebanyakan, seumpama pengembara yang tidak menyimpan bekalan buat perjalanan yang panjang. Namun kepasrahannya sentiasa dibantu Tuhan, dalam pengajian dan kehidupan seharian si Muneerah.

Walau pun Muneerah pernah beberapa kali mempelajari sesuatu dariku, namun aku menginsafi kehebatannya yang menjaga keakraban berhubung dengan Tuhan.  Pernah ku curi lihat, Muneerah menitiskan air mata apabila siri bertemu berakhir dengan perpisahan.

Jelas gerak siangnya lincah, sujud malamnya basah lagi pasrah. Kau adalah antara mujahidah muda yang istimewa yang pernah ku saksikan dalam sejarah perjalanan hidup ini. Ku doakan yang terbaik buat Muneerah, Semoga kau akan bersua dengan Muneer, si mujahid hebat pencipta sejarah di jalan Allah.

Semoga akan muncul ribuan generasi baru berjiwa mujahidah kental seumpama Muneerah. Demi masa depan umat ini yang ketandusan generasi qudwah bagi membina kembali kegemilangan sejarah yang silam.


Go to the main page
Artikel ini bermanfaat?, please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
This entry was posted in Malaysiaku. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge