Pernahkah anda melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja rendah am seperti mereka?
1-Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.
2-Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan permasalahan sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita.
3-Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor seumpama ini untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan yang merupakan sebahagian daripada Islam.
Beberapa soalan :
- Pernahkah anda menyapa mereka ?
- Pernahkah anda menggembirakan mereka?
- Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka ?
- Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan seumpama hari raya dsb kepada mereka ?
- Adakah anda sentiasa memudahkan kerja-kerja mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih mungkin?
Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka…..
Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat. Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan kemudiannya bekerja sebagai ‘jaga’ atau ‘security guard’ di sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah. Beliau terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga solatnya. Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori ‘tidak wajib’ untuk membayar zakat.
Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga…..!
Apa kata anda ?
-
195 people like this.
-
As Lee Aspar mereka lebih hebat drp org2 yg cuma tahu mbuang sampah merata2 walaupun tong sampah ada d dpn mata!
Ct FaRhana dyowg bsabar bkrja dgn sisa pbuangan yg kita buang … xde mgluh pun .. kita yg mbuang smpah merata2 tu mngeluh stiasa..bau sukla..apela…hargailah mereka..tanpa mereka rosaklah persitaran bumi kita ..
نور عطيره betul Dr., mereka gol yg perlu dihargai bkn dipandang hina….:)
Sam Sharul Ye betul tu,mereka sepatutnye di hargai oleh masyarakat,bukan di caci atau pon dia hina,mereka mncari rezeki yg halal untuk meneruskn kehidupan,jasa mereka amat bermakna..
Rabie Rusdi Mungkin pekerjaan ini dilihat jijik dipandangan manusia, tapi Allah muliakan mereka yg Dia kehendaki =)
Beta’anabella Bete’anabella M’crik rezky yg halal demi fmly tanpe kire keje yg ter0k n sngup hidu busuk E2lh resik0 yg hebt..Dn k’hebtan nye tiade bandiannye..Huh.. Ciaan pkck aku….”,
Shikeen Alias Satu yg sy perhatikan, ramai org tidak mahu invest beli plastik hitam besar untuk diletak dlm tong sampah diluar rumah. End up, pekerja akan ambik plastik2 kecik dan brciciran sampah.Dan Tak salah kalau kita asingkan sampah2 kta terus. Pakaian yg masih elok (esp tshirt) boleh lah didermakan kepada mereka.
Nor Fazidah Awang Syukran doktor atas peringatan. Ada seorg pemuda ni, kerjanya memungut sampah. Tapi setiap waktu solat dia tak miss solat berjamaah..hebatnya dia di sisi Allah, lebih hebat dari jutawan yg terlupa akan Tuhannya..
Salmi Othman kesian jugak tengok mereka ada yang kutip sampah tanpa sarung tangan..terdedah kepada pelbagai penyakit..tapi masih terus berkidmat..
Soundless Heart tanpa mereka kotor lah dunia kita..
Amir Ab Ghani mereka lebih hebat drpd pemimpin yg makan rasuah
Didy Noor Orang2 yang tabah dan hebat..
Reena Zaki terbaiiikkkk
Go to the main page
