Memperingati 88 tahun sejarah hitam

sejarah hitam 300x195 Memperingati 88 tahun sejarah hitam

Khalifah terakhir Islam meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki yang pertama, Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1924.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 88 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan sistem Khilafah (yang berusia 1301 tahun sejak zaman Abu Bakar as Siddiq) dan pemisahan urusan agama Islam daripada kenegaraan bermula pada tepat pagi 3hb Mac 1924.

Kamal Atarturk telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

atarturk 300x206 Memperingati 88 tahun sejarah hitam

Di antara hobi pemimpin korup yang dikatakan sebagai 'Bapa Kemodenan Turki'

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah hampir 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimanakah keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia ?

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walaupun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada keseluruhan penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

Think globally and act locally…..

Juga Turki – sila baca : http://zainurrashid.com/hidup-biar-terhormat-mati-biar-mulia%E2%80%A6/

 

Juga ikuti coretan harian di :

http://www.facebook.com/pages/Dr-Zainur-Rashid-Zainuddin/155707591143880


Go to the main page
Artikel ini bermanfaat?, please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
This entry was posted in Palestin dan Antarabangsa. Bookmark the permalink.

23 Responses to Memperingati 88 tahun sejarah hitam

  1. Zaid Zain says:

    90 atau 88 tahun? ke memang nak genap?
    Zaid Zain recently posted..Ziarah Ust Abdul HalimMy Profile

  2. mardiyah says:

    jazakallah, ana dpt ilmu baru. /(^_^)\

  3. iman says:

    hmm.. rasanya bukan 90… hampir 90.. tepatnya: 88 tahun..

  4. Muhammad Nabil Abdul Hamid says:

    If you guys wanna know more about the history of Islam and khalifa in another perspective, i would like to recommend this book “Disrupted destiny:a history of the world through islamic eyes” by Tamim Ansary. A marvelous book about Islam and the root of problems that Muslim community face today.

    and for this article, i would argue that the weakness of Muslim world nowadays is not because of the collapsed of Khalifah system but much larger than that. Anyway, this article is a good reminder for every Muslim.

    Thank you Dr Zainur Rashid Zainuddin

  5. annas ayob says:

    bukan Sultan Abdul Hamid II, tetapi Abdul Majid II, Sultan Abdul Hamid lama telah ‘dipecat’ pada 1909.

  6. umair says:

    syukran Dr atas perkongsian..

    ana just musykil…kenapa apabila borak2 dgn student turki n orang turki yang bekerja di korea ni ttg Kamal Atartur, depa mesti puji Kamal Atarturk… macam depa xtahu langung ttg kejatuhan sistem khalifah islam ketika itu..

    • Salam Umair,

      Situasinya hampir sama dengan majoriti rakyat kebanyakan di seluruh dunia yang tidak mengetahui sejarah agama, sejarah bangsa dan sejarah negara mereka sendiri.

      Menanam cinta untuk mengenali sejarah sendiri adalah tugasan yang berat tetapi penting untuk mendapatkan sokongan kepada arus perubahan bagi membina negara, tamadun dan kepimpinan sejagat.

    • azlan says:

      Di hujung pemerintahan Uthmaniyyah, pemerintah hidup dalam penuh kemewahan mengakibatkan rakyat merasa benci dan tertindas, sebab itulah mereka menyokong Kamal Attartuk. Sebenarnya mereka bukan meyokong Kamal Attartuk tetapi sesiapa saja yang menentang Uthmaniyyah pada masa itu yang telah sedikit sebanyak telah hilang nilai-nilai keislaman mereka. Wallahu a’lam.

  7. Jaws says:

    Boleh saya copy dan kongsikan di blog saya?
    fakta yg sgt menarik..
    saya akan berikan link back..
    Jaws recently posted..Mencuba Diet AtkinsMy Profile

    • Salam,

      Boleh ambil mana-mana artikel daripada blog ini untuk dikongsikan dengan teman dan umum.

      Terima kasih kerana meletakkan pautan zainurrashid.com bersamanya.

      Salam perjuangan

  8. Abd Hamid says:

    The present Turks consider mustafa Kamal as their hero, considered as the man of modern Turkey not realizing what was lost! The western world was celebrating it as victory.

  9. ziarah….
    Muhammad Afif Al-Manjuniyy recently posted..DebatMy Profile

  10. artikel yg bagus. semakin ramai dah yg sedar ttg khilafah. tp ada kesilapan kat sini. kenapa ada istilah ‘negara malaysia tercinta’? x perlu cintakan malaysia, tp cintakan khilafah. malaysia adalah sebuah negara sekular.
    soutulmujahid.com recently posted..3 Mac 1924My Profile

  11. ct says:

    soutulmujahid.com – “hubbul waton minnal iman”(cintakan tanahair separuh dari iman).

  12. Dr Farid says:

    That was approx 27 Rajab 1342 H. Approx 91 Lunar years ago. Nine years to a hundred years.

  13. Nur Soleha M. Khair says:

    1-Pembinaan khalifah adalah tg-jwb semua umat Islam, bukan HT sahaja
    2-Cintakan keluarga walaupun fasik juga dituntut, sbb itulah kita berusaha mengajak mereka kepada kebaikan.
    2-Cintakan negara juga akan mencetus tolakan dalaman utk kita memperbaiki negara kita sendiri. Adakah kita nak harapkan dari orang lain utk mengislahkan bangsa dan negara kita?

  14. Pingback: Menanti Khalifah Islam Tiba | JerungPerkasa

  15. Pingback: Memperingati 88 tahun sejarah hitam « PEMBINA Negeri Sembilan

  16. Pingback: Kosong + Kosong +………+ Kosong = Kosong « the Leaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge