Bumi Syam menjadi saksi
Lokasi perjuangan para nabi
Destinasi kembaraan para mujahid
Saksi kepulan debu-debu perjuangan
Tumpahan darah para syuhada’
Tanda bukti pengorbanan
Demi memertabatkan agamaNya
Hingga tersinar kehebatan Islam dan pencintanya
Ku harapkan Syam terus menjadi saksi
Kebangkitan umat di abad ini
Lensa kemenangan akan menjadi realiti
Nada perjuangan pemuda-pemudi
Tanpa ragu mengabdikan diri
Terus thabat ke akhir nanti
Kerna kecintaan kepada DeenMu ya Ilahi
Kehangatan pertemuan pantas berlalu
Detik perpisahan muncul tanpa malu
Titisan hangat deras menderu
Jangka-hayatnya ditakdirkan di situ
Buat meneruskan perjuangan yang berliku
Biarpun Syam semakin jauh
Hilang dari pandangan mata
Namun Syam….
Akan tetap mekar di hati
2015050212
Doha International Airport
Go to the main page

Syukran kathira atas kesanggupan dan kesudian Dr Zain menjejak kaki ke bumi Syams.
Semoga apa yang telah diberikan dan dipersembahkan sepanjang ODC terus tersemat dalam jiwa pemuda2 yang diharapkan…Ameen…
Salam perjuangan buat Nurfadhilah dan teman-teman di sana.
Semoga semuanya thabat sehingga ke penghujung laluan.
Dr Z
Doha
Pengalaman yang sangat menarik dan banyak input yang diperoleh daripada Doc.
Semoga semua perkongsian dan ilmu yang dicurahkan terus tersemat rapi dalam diri kami, InsyaAllah
doakan kami utk pemudi perubahan. Kalau ada masa lagi, datanglah lagi!
Perkembangan positif yang menggugah perasaan.
Juga penghargaan kepada pembuat kuih dan laksa yang sedap di Beit Hambra’ tempohari
Moga bertemu di lain kesempatan.
Salam perjuangan
Doha
Malam ini Bayt Etihad sedikit sunyi. Lebih seminggu Beyt Etihad penuh dengan taujihat dan kalam2 pemangkin semangat dakwah buat kami di Bumi Syam.
Terus mendoakan kami dan kita jumpa di Seremban Dr!
Jzk atas hospitaliti yang cemerlang di Jordan,
Apatah lagi layanan yang sangat istimewa sepanjang di Beit Etihad.
Moga istiqamah dan jumpa lagi insya allah
Dr Z,
Seremban
Lain macam kehangatan kali ini. Nampak gayanya, luar biasa, sampai tak boleh tersembunyi lagi perasaan cinta kepada perjalanan baru-baru ini. Terasa dalam pula perasaan yang digambarkan.
*Mungkin sebab, di tengah para pelajar ada kakak zahra’ ke?
Tahniah dan Salam perjuangan,Ipoh.
Cinta dan sayang ngak bisa dipaksa-paksa bung !
terasa seakan ada perasaan cemburu di situ
doakan kakak di sni :’)
salam perjuangan,
zahra’ z
Salam,
Jgn risau Zaid, destinasi program yang lebih hebat selepas ni ialah di AIM, Ipoh.
Ummi
sibuk sangat di AIM tiada masa untuk cemburu la kakak, kalau boleh nak juga main-main perasaan ini hehe
Ya Ummi Abah, Tak boleh sembunyi perasaan cinta, di AIM, rancak sungguh dakwahnya
Salam perjuangan buat semua ya
masyaAllah alaik.
alhamdulillah gembira dengar. mmg org yang sibuk tidak ada masa utk pkara remeh spt ini bukan?
rindu bumi AIM.
syukran kathir DR zain atas segala input yang diberikan..segala pengalaman di odc 2012 akan sntiasa tersemat di hati kami di bumi syam…moga kami trus kuat dan thabat..!!
Salam buat Nuraini Nabilah dan teman-teman.
Semoga terus cemerlang dan thabat di atas jalan ini.
Dr Z,
Seremban
terima kasih docte..
banyak jentikan dan suntikan semangat dari docte..
semoge Allah meredai dan menerima semua amalan2..
doakan kami di sini..
Didoakan agar Qem & teman semua cemerlang, akademik dan juga dakwah. Moga dimudahkan laluan yang dilalui hendaknya, Amin
Dr Z, Seremban