Kerana mulut badan merana….

Debate 300x258 Kerana mulut badan merana....Saya teringatkan kepada satu pepatah Melayu yang begitu bermakna yang pernah diajarkan oleh guru Bahasa Malaysia semasa belajar di sekolah menengah dahulu yang berbunyi:

“Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”

Saya tidak mampu mentafsirkan bahagian pertama pepatah ini akan kenapa pulut boleh membinasakan santan, tetapi saya amat pasti bahawa frasa seterusnya tidak memerlukan sebarang pentafsiran yang mengatakan bahawa kerana mulut badan boleh binasa.

santan1 201x300 Kerana mulut badan merana....Pepatah Melayu ini merupakan satu daripada ribuan khazanah peringatan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kepada kita semua. Ia memperingatkan kepada kita bahawa perbuatan mengatakan atau mengucapkan perkataan yang tidak baik boleh mendatangkan bencana, bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan juga terhadap orang lain.

Lidah dan pena adalah anugerah Allah kepada kita untuk berkomunikasi tetapi sering disalahgunakan untuk mengeluarkan perkataan dan penulisan yang mendatangkan keburukan seperti berdusta, menyebar fitnah dan bermaksud jahat yang membawa menjatuhkan maruah orang lain, apatah lagi kalau sesama Muslim.

Allah telah berfirman yang bermaksud:
Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua biji mata, lidah dan dua bibir. Dan Kami menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kejahatan).”      (Surah al-Balad ayat 8-10)

Apakah di antara kesan-kesan daripada tidak menjaga tutur-kata ?

1-Fakta-fakta tersebut mungkin salah dan kita akan menanggung dosa
2-Perkataan tersebut boleh menyebabkan saudara Muslim kita berkecil hati
3-Ukhuwah di kalangan sesama umat Islam kian tercalar
4-Menyukarkan usaha-sama di kalangan umat Islam
5-Boleh menyebabkan pergaduhan, perpecahan dan huru-hara
6-Nilai peradaban di kalangan umat Islam terkikis dan akan menyebar-luaskan dosa di kalangan umat
7-Kejayaan dan kegembiraan di pihak musuh-musuh Islam

 Kerana mulut badan merana....Adalah lebih elok sekiranya kita membudayakan sikap berhati-hati dalam percakapan atau penulisan sehari-harian walaupun dengan menulis sebuah status baru di FB. Jika dikhuatiri tidak elok dan mungkin boleh memudaratkan, lebih baik kita berdiam diri. Ini akan mengelakkan diri daripada menanggung dosa dan bagi mengelakkan orang lain terasa hati.

Keadaan akan menjadi lebih buruk lagi jika ada orang tengah yang silap mendengar atau juga mungkin ‘batu-api’ yang kemudiannya bertindak menyebarkannya. Bak kata pepatah ´terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya´.

Samada disedari atau pun tidak, lidah dan pena kita juga boleh menjadi alat penyebaran fitnah dan mengadu domba yang boleh menyebabkan perpecahan dan huru-hara di kalangan masyarakat Islam.

Allah telah mengingatkan kita dengan firman-Nya yang bermaksud:                                        “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.”                   (Surah al-Baqarah ayat 191)

Kita juga tidak mahu supaya kita termasuk di kalangan mereka yang dicelakakan oleh Allah swt sebagaimana firmanNya yang bermaksud:                                     “Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela.”                                        (Surah al-Humazah: 1)

Hanya orang yang berpekerti buruk akan melahirkan perkataan yang buruk walaupun dia mungkin berwajahkan seorang yang kelihatan soleh dan solehah. Manakala orang yang cerdik tidak akan mengeluarkan perkataan buruk apatah lagi ‘bermulut celupar’ yang secara langsung melambangkan kejelekan dirinya sendiri.

fly away 300x225 Kerana mulut badan merana....Ajarilah jiwamu untuk terbang tinggi, nescaya ia tidak akan suka dengan kerendahan. Kenalkanlah kepadanya kemuliaan, nescaya ia akan membenci kehinaan. Rasakanlah kepadanya kesenangan rohani yang besar, nescaya ia akan meremehkan kesenangan jasmani yang kecil.                                                                                               Ar-Raqaiq (Muhammad Ahmad ar Rashid)

Ayuh teman dan kenalan, mari fokuskan hati dan pemikiran kita kepada agenda-agenda besar yang akan menyumbang ke arah pembinaan jati-diri umat dan jauhilah tabiat suka berdebat, berhujah, bertengkar dan banyak berbicara yang tidak akan membawa kita berganjak ke mana-mana.

Marilah kita sama-sama membudayakan sikap menjaga lidah dan pena.

Ya Allah, bantulah kami dan umat Islam sekeliannya dalam mendepani ujian kehidupan ini….Amin Ya Rabb.

 

Ikuti coretan harian di :

http://www.facebook.com/pages/Dr-Zainur-Rashid-Zainuddin/155707591143880


Go to the main page
Artikel ini bermanfaat?, please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

3 Responses to Kerana mulut badan merana….

  1. Pingback: Kerana Mulut Badan Merana

  2. Qamar says:

    Salam. Tulisan yg baik Dr. Cuma, mungkin dalil al-baqarah ayat 191 kurang sesuai utk dikaitkan dgn fitnah (memburukkan org lain). Apa yg ana faham ayat tu berkenaan mensyirikkan Allah. Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge