Kenali Tokoh Sosiologi dan Bapa Sains Politik

Abdul Rahman Ibn Khaldun - (1332-1395_M)

khaldoun Kenali Tokoh Sosiologi dan Bapa Sains PolitikBagaimanakah latarbelakang tokoh ini?

Abdul Rahman Ibn Mohammad lebih dikenali dengan gelaran Ibn Khaldun, iaitu nama kepada salah seorang moyangnya. Beliau mempunyai latarbelakang yang sangat menarik. ESP TUN EGY 300x219 Kenali Tokoh Sosiologi dan Bapa Sains PolitikIbu bapanya berketurunan Arab Yamani yang telah lama menetap di Sepanyol. Namun selepas kejatuhan Seville, mereka sekeluarga berhijrah ke Tunisia dan dia dilahirkan di sana pada tahun 1332 M. Beliau mendapat pendidikan awal dengan mendalami al Qur’an, Hadith, Bahasa Arab, Fiqh dan falsafah. Beliau meninggalkan Tunisia ketika berumur 17 tahun dan pernah berkhidmat di bawah pemerintahan pemerintah Mesir, Sultan Barquq ketika beliau masih remaja.

Bagaimanakah kehebatan Ibn Khaldun terserlah?

Ibn Khaldun tidak kekal lama berkhidmat di bawah pemerintah Mesir kerana lebih berminat menambah pengetahuan  lantas berhijrah ke Fez (ibu negara, Maghribi) dan telah diamanahkan dengan beberapa posisi penting. Beliau pernah dipenjarakan oleh pemerintah disebabkan konspirasi golongan tertentu. Ibn Khaldun kemudiannya memegang jawatan penting di Andalusia (Sepanyol). Ini diikuti dengan satu keadaan politik yang kucar-kacir pyang turut mempengaruhi perjalanan karier beliau. Keadaan ini memaksa beliau mencari perlindungan selama 3 tahun di sebuah perkampungan kecil  Qalat Ibn Salama.
large088 217x300 Kenali Tokoh Sosiologi dan Bapa Sains PolitikIbn Khaldun mengambil kesempatan menulis buku Muqaddimah yang merupakan jilid pertama mengenai sejarah dunia. Melalui buku ini, beliau mendapat penghormatan dan kemasyhuran di kalangan sejarawan, ahli falsafah dan sosiologis. Ketidaktentuan kariernya berterusan dan Mesir menjadi tempat beliau beradu nasib selama 24 tahun. Di bumi inilah umat menyaksikan hayat seorang insan yang amat terpelajar, masyhur dan dihormati memegang jawatan Ketua Hakim Kerajaan Mesir dan sarjana di Universiti al-Azhar. Malangnya hasad dengki yang melanda menyebabkan Ibn Khaldun diturunkan daripada jawatan Hakim sebanyak 5 kali.

muqaddimah english2 300x239 Kenali Tokoh Sosiologi dan Bapa Sains Politik(Muqaddimah Ibn Khaldun dalam versi Bahasa Inggeris)

Sumbangan utama beliau adalah dalam bidang falsafah, sejarah dan sosiologi. Penulisan beliau mengenai sejarah dunia dalam jilid pertamanya berbentuk analisis terhadap peristiwa-peristiwa bersejarah. Jilid ini popular dengan nama Muqaddimah atau Prolegomena. French translation Muqaddima 218x300 Kenali Tokoh Sosiologi dan Bapa Sains Politik(Muqaddimah Ibn Khaldun dalam versi Bahasa Perancis)

Apakah intipati utama Muqaddimah?

Buku ini ditulis beliau melalui pendekatan unik terhadap sejarah dan merupakan satu sumbangannya yang amat berharga dalam bidang falsafah, sejarah dan sosiologi. Buku ini menumpukan perbincangannya kepada topik-topik psikologi, ekonomi, alam persekitaran dan sosial yang mempengaruhi perkembangan tamadun manusia dan arus peredaran sejarah. Dalam konteks ini, beliau menghuraikan dinamik perhubungan antara suku dan bagaimana semangat kesukuan, al-‘Asabiyyah menjana perkembangan satu peradaban dan kekuasaan baru seterusnya perlahan-lahan menggantikan yang lama. muqaddimah spain 300x225 Kenali Tokoh Sosiologi dan Bapa Sains Politik(Muqaddimah Ibn Khaldun dalam versi Bahasa Sepanyol)

Ibn Khaldun juga telah menjelaskan 7 isu utama yang sangat kritikal di kalangan sejarawan, ahli sains politik dan sosiologis: “Semua catatan dengan sifatnya boleh terdedah kepada kesilapan-kesilapan berikut :

1. Sifat partisan dan kecenderungan kepada kumpulan masing-masing di dalam satu-satu keyakinan atau pendapat.

2. Teramat yakin dan terlalu percaya pada sumber-sumber yang bersifat tunggal.

3. Mereka gagal dalam memahami maksud sebenar yang tersirat.

4. Ada yang mempunyai kepercayaan yang salah tentang kebenaran.

5. Berlaku kelemahan untuk meletakkan sesuatu peristiwa mengikut konteksnya yang realistik.

6. Ada kecenderungan biasa untuk mendapatkan sokongan dari pembesar dengan memuji mereka dan meluaskan populariti mereka.

7. Yang paling penting adalah kejahilan mereka tentang hukum yang mengatur transformasi masyarakat manusia. “

Ibn Khaldun juga telah mengenalpasti corak yang hampir sama dalam setiap kebangkitan dan kejatuhan sesebuah tamadun lengkap dengan analisis faktor-faktor penyumbang ke arahnya. Perbezaan ketara beliau dengan penulis sejarah lain ialah beliau turut memasukkan faktor-faktor persekitaran, sosiologi, psikologi dan ekonomi selain politik sebagai penyumbang kepada perkembangan semasa. Ini merupakan satu revolusi baru dalam teknik penulisan sejarah dan memberi asas kepada ilmu Sosiologi (Umraniyat).

Apakah sumbangan lain Ibn Khaldun?

Selain Muqaddimah, Ibn Khaldun turut mencatat sejarah terutamanya Arab, pemerintah Muslim semasa, sejarah purba Arab, Yahudi, Yunani, Rom, Parsi dan lain-lain lagi dalam buku Kitab al-I’bar. Turut dimuatkan ialah sejarah Islam, Mesir, Afrika Utara dan kawasan berhampiran seperti Barbar dan pelbagai puak lain. Jilid terakhir himpunan sejarah ini lebih menumpu kepada kisah semasa hidup beliau dan dikenali sebagai Al Ta’rif bi Ibn Khaldun . Ini turut ditulis dengan kaedah penuh sistematik dan saintifik  lantas memberi kaedah penulisan analitikal terhadap teknik autobiografi. Sebuah buku mengenai ilmu matematik tulisan Ibn Khaldun malangnya tidak lagi wujud.

Ibn Khaldoun Kassus 183x300 Kenali Tokoh Sosiologi dan Bapa Sains PolitikPengaruh Ibn Khaldun terhadap sejarah, falsafah, sosiologi dan sains politik serta pendidikan memanglah kuat sejak hayatnya lagi. Buku-bukunya telah diterjemah ke pelbagai bahasa baik di Timur mahupun di Barat. Penulisan beliau memberi inspirasi kepada perkembangan sains berkaitan.the prince 224x300 Kenali Tokoh Sosiologi dan Bapa Sains Politik Contohnya Prof Gum Ploughs  dan Kolosio menganggap buku Muqaddimah adalah jauh lebih penting dan tinggi kedudukannya berbanding buku penulisan Machiavelli bertajuk The Prince yang ditulis sekurun kemudiannya. Ini kerana Ibn Khaldun lebih mengutamakan aspek kebudayaan, sosiologi, ekonomi dan faktor psikologi berbanding Machiavelli.

Pengajaran :

1-Ibn Khaldun adalah sarjana Islam yang ulung di bidang sejarah, sosiologi dan sains politik di dunia. Penghasilannya menerangi kehidupan sosial dan kenegaraan yang bukan sahaja meliputi dunia Islam bahkan di dunia antarabangsa.

2-Ibn Khaldun adalah sarjana yang mengaplikasikan ilmunya berdasarkan asas-asas Islam dan beliau turun padang untuk menyelami permasalahan masyarakat dan hidup bersama mereka.

3-Ibn Khaldun mengajar kita supaya bekerjaya, beramal dan berjuang untuk masyarakat, negara dan umat dengan sifat terbuka serta berteraskan keilmuan dan keimanan yang mendasari perjuangan.

Bilakah agaknya Malaysiaku yang tercinta dan umat sejagat akan melahirkan lagi sarjana yang hebat seumpama Ibn Khaldun ini?


Go to the main page
Artikel ini bermanfaat?, please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

4 Responses to Kenali Tokoh Sosiologi dan Bapa Sains Politik

  1. a.israa' says:

    On the way biizniLlah.

  2. fadilah a says:

    anak-anak muda harus dihalatujukan untuk membina minat di dalam bidang ini sehingga kita berjaya memiliki tokoh yang seumpamanya lahir dari bumi msia. kenapa semua nak buat medik & engineering shj?

  3. ahmad abo elreesh says:

    Dear brothers Start in the
    establishment of the Palestinian Centre for
    Malaysian cooperation
    in
    Gaza to support the Palestinian
    people and support for Jerusalem as well
    as to communicate the
    social, religious and humanitarian with the people
    of Gaza, we invite you
    to
    support a private center
    that will serve
    all of Palestinian society, thank
    you. Malaysian Centre for
    Palestinian cooperation
    Gaza – Palestine
    Phone: 00972599318702
    Email:greenlandps@hotmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge