Jumpaan yang merisaukan Vatican….

Injil lama 300x218 Jumpaan yang merisaukan Vatican....Injil ini meramalkan kedatangan Muhammad.

Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’ ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam.

Pope Benedict XVI 6 300x216 Jumpaan yang merisaukan Vatican....Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali sebagai ‘Gospel of Barnabas’ itu.

Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.

Injil berkenaan telah dijumpai sejak 12 tahun yang lalu (2000) di Turki dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam atas permintaan kuat dari pihak gereja kerana dibimbangi ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad (Muhammad saw).

Namun begitu pada tahun 2010, Injil berkenaan telah diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan kemudiannya diberikan kebenaran untuk dipamerkan setelah melalui beberapa usaha pemulihan.

Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Nabi Isa as adalah seorang Rasul (pesuruh Allah swt) dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai oleh penganut Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Anglican dan Orthodox.

Kitab lama ini juga menyatakan bahawa Nabi Isa as tidak pernah disalib sehingga meninggal dunia. Bahkan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Kenyataan ini ternyata amat bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan ajaran Saint Paul atau Saul of Tarsus.

Ramai cendikiawan dan ahli teologi Kristian yang telah menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-5 atau ke-6 dan bukannya di abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, ramai pengkaji Islam mempercayai bahawa ia adalah Injil yang paling asli yang telah dijumpai setakat ini.

Harga salinan Injil ini dianggarkan bernilai sehingga 40 juta Lira Turki ( USD 22 juta).

Tidak sukar untuk kita memahami bahawa sudah pasti ada pihak tertentu yang sentiasa dipertikaikan jumpaan yang menggemparkan ini tetapi yang pasti ‘BENAR’ ialah firman Allah swt yang bermaksud,

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.

Surah al Baqarah ayat 146

Wallahu’alam….

Lihat juga:

http://www.nationalturk.com/en/1500-year-old-syriac-bible-found-in-ankara-turkey-16624

http://www.albawaba.com/editorchoice/jesus-foresaw-prophet-mohammads-arrival-hidden-ancient-bible-414563

http://www.huffingtonpost.com/2012/02/23/vatican-requests-1500-year-old-bible-from-turkey_n_1296672.html

http://investmentwatchblog.com/secret-bible-where-jesus-predicts-coming-of-prophet-muhammad-unearthed-in-turkey/#.T0xIKYcS3wg


Go to the main page
Artikel ini bermanfaat?, please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

19 Responses to Jumpaan yang merisaukan Vatican….

  1. Aiman says:

    salam,

    Dr..macam mana injil asli tu dikatakan asli kalau ada isinya yg nabi Isa diangkat ke langit?

    • hamba Allah says:

      btul,
      melainkan ade org yg merekodkan kisah tu, since nabi isa dah naik ke langit. tp rsenyer tu tak termasuk dlm injil la kan since injil hanya di turunkan kepada nabi isa a.s

      or maybe kisah itu direkodkan “akan berlaku”.. mcm perkara2 yg belum berlaku yg tercatat didalam alquran..

      wallahualam sekadar pendapat yg lemah dari seorang peminat sejarah ^_^

    • Salam Aiman,

      Mana ada Injil yang asli lagi sekarang ni

    • Ahmad says:

      Orang Kristian dulu ada sahaja yang baik2 dan dapat mengamalkan agama mereka yang sebenar sebelum diubah. Ada juga dapat berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.
      Dalam kitab injil sendiri ada cerita selepas Nabi Isa a.s. meninggal(Bagi kita diangkat ke langit). Malangnya ia sudah diubah banyak kali.
      Dari zaman ke zaman, tempat ke tempat.
      wuallahu’alam..

      • anonym says:

        Gospel of barnabas is a recording made by followers of Jesus Christ Alaihissalam which is Barnabas himself,and he might of been his disciples.unlike Paul who never met Jesus in flesh.Many Chrsitians say it is a forgery but Barnabas was recorded in the bible several times especial in the book of acts.So Barnabas clearly lived with Jesus and had record of him.So thats why in that gospel such claim of not being crucified and was taken to the heavens is there.

  2. apis says:

    Nabi isa memg diangkat ke langit oleh ALLAH….dan akan diturunkan pada akhir zaman yg menghampiri kiamat untuk menyelamatkan akidah umat islam..=)

    • Kassim Mohd Hussain says:

      Juga ada yang mengatakan bahawa di akhir zaman Imam Mahdi akan turun ke dunia bergandingan dgn Nabi Isa menghapuskan kebathilan dan menegakan kebenaran. Ini fahaman Shiah, sangat menyesatkan! Kenapa kita mesti digegarkan dgn “Injil” yg baru ditemui ini? Tiada Tuhan melainkan Allah, sebagaimana yg di perintahkan dalam Quran. Terserah pada manusia, mahu menerimanya atau tidak. Kerana Allah tak memaksa manusia memilih kepada kebenaran. Jika kebathilan yang manusia pilih, manusia itu akan menerima padahnya, jika kebenaran yang dipilih rahmat Allah jua yang akan diterimanya. Jika kita tulus mencari kebenaran, Allah jua yang membimbing dan memberi kebenaran itu kpd sesiapa yang Ia mahukan!

  3. Nabi Isa belum lagi turun semula ke bumi. Baginda akan mengalahkan dan membunuh Dajjal yang memerintah dari Palestin. Dajjal sendiri itu pun belum turun lagi, hanya ejennya yang bekerja keras sekarang. Nabi Isa akan memerintah di Bumi Palestin, berkahwin dan akan hidup selama 40 tahun. Selepas itu, setelah tidak ada lagi orang yang beriman maka berlakulah Kiamat. Begitulah apa yang saya fahami dari pembacaan dan ceramah orang-orang kita boleh percayai.

    Kiamat pada 2012? Mengarut sungguh kepercayaan khurafat ini. Jangan percaya kepercayaan karut orang barat yang di asaskan kepada kalendar Maya yang mereka “tak dan” nak siapkan! Orang barat memang kuat percaya kepada tahyul.

    Wallahua’alam.
    Mohamad Mariti B Siran recently posted..Speaking Test October 2011- Beginning Tuesday 11 October 2011My Profile

  4. Priscilla says:

    Prof. Zain, sebagai seorang peminat ‘blog hopping’, saya kerap membaca blog-blog lain.

    This blog entry makes an interesting read.

    Just a sincere question, with regards to your title, because that caught my attention:

    Jumpaan yang merisaukan Vatican

    I have read both the entry and the associated links but I have not found anything that suggest that the Vatican was worried with the recovery, if anything they seized it for display as it was attempted to be smuggled, with sales worth 3 – 4 million.

    Sorry ya, mungkin saya tersilap baca. Saya bukannya peminat Vatican, tapi saya kurang faham.

  5. Aku disini says:

    This gospel was written around 325 AD yet this gospel in not included in the books of the Bible?Who decide this gospel not to be included? and Why?

    http://www.barnabas.net/

    • nik says:

      for sure , Council of Nicaea decided not to include this gospel into the bible … and the first council of Nacaea was dated back in 325 AD .. :-)

      why this Gospel not included in their holy bible ? this question need to be answered by the Papal

  6. submitter says:

    Kedatangan hamba Allah
    “” “” “” “” “” “” “” “” “” ”
    ‘Atmak’ belum tentu berarti ‘yang ku junjung’ tapi itu sebenarnya nama

    penulisan Atmak adalah אתמך
    penulisan Ahmad adalah אחמד

    Dalam Yesaya 42:1, Allah berkata
    “Lihatlah, ‘Hambaku’ (diucapkan sebagai Abd-ee), ‘yang Ku junjung’ (diucapkan sebagai Atmak);

    Allah menubuatkan tentang kedatangan hamba-Nya
    Lihatlah Hambaku Ahmad (Yesaya 42:1) – dan begitu siapa Ahmad ini? disebut hamba Allah?

    Dia tidak lain adalah
    Abd-Allah Ahmad (Hamba Allah, Ahmad) – Nabi Muhammad saw

  7. Pingback: Kitab Injil Ini Meramalkan Kedatangan Muhammad | Gempakz Siot [dot] Com

  8. TOK GERUH says:

    HARAP JAKIM DAPATKAN SALINAN NYA DAN TERJEMAHAN NYA DI DALAM BAHASA MELAYU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge