Jom ke Australia lagi… (Bah 1)

peta australia 277x300 Jom ke Australia lagi... (Bah 1)“Salam Dr. Saya Ariff Husin dari Melbourne. Bilakah tarikh Doktor boleh ke Australia lagi untuk Roadshow Palestin untuk tahun 2011 ini? Kami bercadang untuk buat di beberapa lokasi sekiranya doktor boleh datang lebih lama ke sini”. Itulah di antara teks ringkas yang saya terima daripada saudara Ariff Hussin yang telah diamanahkan untuk mengendalikan Roadshow Palestin 2011 Ausralia (RSP 2011).

Ini adalah jemputan kali ke 3 bagi saya memenuhi jemputan RSP Australia setelah bermusafir ke sini pada bulan Julai 2009 dan kemudiannya pada September 2010 yang lalu. Tentunya saya peru membuat beberapa anjakan di pemergian kali ini agar isu ini semakin tersebar luas dan dimaafaatkan oleh lebih ramai masyarakat di sini.

Saya mencadangkan supaya pihak penganjur menambah lokasi yang strategik dan mempelbagaikan aktiviti ini supaya mendapat garapan yang lebih meluas termasuk khutbah jumaat di masjid-masjid di Australia. Kali ini saya merancang untuk bermusafir bersama Perunding Aman Palestin, Ustaz Mejar Nadzri Munsman yang merupakan ‘sparring partner’ saya sejak tahun 2003 lagi dalam mendalami, mengkaji dan menyebarkan kepentingan isu Palestin kepada masyarakat di dalam dan di luar negara.

Alhamdulillah, rancangan kami menjadi kenyataan apabila kami berdua berangkat dengan pesawat MH 149 ke Melbourne bagi menyemarakkan seruan al Aqsa di bumi Kanggaroo. Penerbangan selama 7 jam itu kami manfaatkan sebaiknya bagi mempastikan persiapan terkini akan disampaikan dalam keadaan yang terbaik di samping berehat bagi mempastikan agar kami terus berstamina untuk ‘bermarathon’ selama 10 hari di Australia nanti.

Kami sampai seawal 8.00 pagi di Melbourne dan disambut oleh saudara Wan Ahmad Syahir sebelum dibawa ke tempat penginapan bersama siswa-siswa bujang. Kami berdua akan bersama mengendalikan program RSP di Melbourne sebelum berpisah buat sementara untuk saya ke Hobart (Tasmania) dan Adelaide. Manakala Mejar Nadzri pula akan ke Brisbane dan Sydney.

Solahuddin yusuf1 300x225 Jom ke Australia lagi... (Bah 1)Pada tengaharinya kami bersolat Jumaat di masjid yang berdekatan dengan penginapan kami. Di Victoria sahaja ada hampir 20 buah masjid yang menunjukkan wujudnya sejumlah komuniti Muslim yang besar di sini samada dari negara luar mahupun di kalangan Muslim tempatan yang berasal dari Australia.

Selepas bersolat kami mengambil peluang untuk berkenalan dengan masyarakat Muslim di Melbourne ini. Ditakdirkan Allah, 2 rakan Muslim yang pertama yang kami kenali ialah saudara Solahuddin (berjubah – dari negara Eritrea) dan Uncle Yusof (bertopi – dari Melbourne).

Dua nama Solahuddin dan Yusof ini amat bertepatan sekali dengan tema RSP kali ini iaitu ‘Searching fOr Solahuddin’ atau ‘SOS’. Kenapa Solahuddin? Ini adalah kerana masa depan umat Islam sangat bergantung kepada generasi muda yang dimiliki & dibentuknya bagi mendokong kebangkitan semula Islam seumpama generasi Solahuddin Yusof al-Ayyubi yang lalu.

Jumlah penduduk Australia yang terkini adalah seramai 22.5 juta orang. Lebih 340,000 orang adalah Muslim yang datang dari pelbagai negara telah memilih Australia sebagai negara mereka selain daripada Muslim tempatan.

Statistik negara asal komuniti Muslim di Australia adalah seperti berikut:

  1. Australia: 36%
  2. Lubnan: 10%
  3. Turki: 8.5%
  4. Bosnia-Herzegovina: 4.0%
  5. Afghanistan: 3.5%
  6. Pakistan: 3.2%
  7. Indonesia: 2.9%

Semoga keputusan yang dibuat ini akan menjadi suntikan terhadap penyebaran sinar Islam di bumi Kangaroo kini dan di masa depan.

jews di OZ 300x187 Jom ke Australia lagi... (Bah 1)Manakala komuniti Yahudi di Australia kini berjumlah seramai 120,000 orang. Kebanyakan mereka adalah generasi yang berhijrah daripada Eropah selepas peristiwa Holocaust. Walaupun jumlah mereka lebih kecil namun mereka kini berada di posisi yang strategik di dalam kerajaan Australia dan di institusi-institusi penting di sini. john monash 216x300 Jom ke Australia lagi... (Bah 1)

Monash University contohnya adalah bersempenakan nama Sir John Monash yang merupakan Presiden Pertama, Jews Federation of Australia. Kini, semakin ramai di kalangan mereka yang menjadi menteri kabinet dan berjawatan tinggi di pelbagai sektor.

Setiap kali berbicara dengan masyarakat, saya selalu berpesan kepada diri sendiri dan audien yang ditemui supaya umat Islam rajin membaca, tekun belajar, tanam minat untuk berbincang, mendapatkan maklumat, membuat kajian dan mementingkan penyimpanan dokumentasi untuk kegunaan masa depan. Kita tidak akan menang dengan mudah hanya kerana Islam itu agama yang benar.

Kajian Holocaust 225x300 Jom ke Australia lagi... (Bah 1)

Foto penulis di hadapan Melbourne Holocaust Museum and Research Centre

Photo – Jewish Holocaust Museum and Research Centre, Melbourne

(The Centre is dedicated to maintaining the memory of the 6 Million Jews who died in the Holocaust and to combat racism and anti-Semitism. They provide a range of educational programs for secondary and tertiary students and adults, as well as post-graduate research programs, a museum open to the general public, a library, an extensive archives collection and an ongoing project collecting and preserving survivor testimonies. Wheelchair access.)

Saya sentiasa meletakkan sesi lawatan ke Jewish Museum dan juga pusat kajian Holocaust di dalam jadual aktiviti saya di setiap pemergian ke Australia. Sebenarnya ada banyak pusat seumpama ini di Melbourne, Adelaide, Sydney dan di bandar-bandar yang lain. Setiap pusat ini memaparkan propaganda mereka kepada para pelawat dan masyarakat setempat sebagaimana muzium dan pusat kajian di London, Dachau (Jerman), Auschwitz (Poland) dan lain-lain lagi.

Bagaimana dengan sikap masyarakat Australia terhadap isu Palestin?

Jews di Australia 300x216 Jom ke Australia lagi... (Bah 1)Sebagaimana di negara-negara, ramai di kalangan mereka yang pro-zionis dan ramai juga di kalangan mereka yang bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestin dan isu kemanusiaan sejagat. against zionist 300x225 Jom ke Australia lagi... (Bah 1)

Bersambung…..

Juga ikuti coretan harian di :

http://www.facebook.com/pages/Dr-Zainur-Rashid-Zainuddin/155707591143880


Go to the main page
Artikel ini bermanfaat?, please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
This entry was posted in Palestin dan Antarabangsa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge