Jantung hati si doktor jantung….

jantung2 Jantung hati si doktor jantung....Saya merasakan bahawa salah satu nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada kita adalah apabila kita dikurniakan sahabat yang baik. Apabila kita melihat atau bersahabat dengannya maka kita akan semakin dekat dengan Allah swt.

Saya mengenali T semasa menuntut di sebuat pusat matrikulasi dan kami sedang ‘pulun’ agar berjaya mendapatkan tempat di tempat di fakulti perubatan. Tidak mudah, hanya 70 daripada keseluruhan 700+ matrikulasi perubatan pada tahun itu akan diterima masuk ke fakulti perubatan di universiti tempatan ini.

Kami berdua mempunyai latarbelakang anak kampung dan bukan daripada keluarga yang berada. Saya agak aktif berpersatuan tetapi T agak ‘low profile’ orangnya. namun beliau jelas berpotensi kerana rajin berusaha dan tidak suka bersembang kosong mahu pun ‘lepak tarbawi’.

Ditakdirkan Allah, T terlebih awal dipilih untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka di Australia. Kesedihan perpisahan ini saya lupakan setelah saya ditakdirkan pula untuk belajar di Ireland pada 1986 dulu.

Entah kenapa, kami terpisah tanpa berkomunikasi selama lebih daripada 26 tahun.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian kepakaran di UK pada tahun 2000, saya mencari beliau di sebuah hospital universiti tempatan kerana saya dikhabarkan bahawa beliau adalah seorang doktor pakar jantung di hospital tersebut.

Kesedihan memang terasa apabila diberitahu bahawa beliau baru sahaja meletakkan jawatannya untuk berpindah ke utara Malaysia. Namun beberapa petugas dan para pesakit yang saya temui di hospital tersebut sempat menceritakan kepada saya betapa Dr T adalah seorang doktor pakar jantung yang sangat baik. Beliau konsisten dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pesakitnya samada siang atau malam. Apatah lagi apabila diberitahu oleh bapa mertua saya bahawa beliau sendiri pernah dirawat oleh Dr T ketika dimasukkan ke unit CCU di hospital tersebut.

Dr T sentiasa berpesan kepada petugas perubatan yang lain agar memberitahu segala perkembangan pesakitnya samada siang atau malam, miski pun ketika beliau sedang dalam percutian. Dalam erti kata lain bagi Dr T, para pesakitnya adalah ‘jantung-hati’nya.

Pencarian tersebut hanya berakhir apabila baru-baru ini saya menerima sebuah mesej inbox (fB) daripada Dr T setelah kami berpisah selama 26 tahun. Kami hanya bertemu kembali di alam maya setelah beliau terbaca beberapa artikel mengenai isu Palestin yang saya kongsikan di alam siber.

Baru saya tahu bahawa beliau kini bertugas sebagai pakar perunding kardiologi (jantung) di salah sebuah hospital pakar di utara. Ketika sibuk merawat para pesakitnya, beliau mencuri peluang membalas mesej yang saya utarakan. Saya dapati beliau ‘tidak berubah’ dan terus hebat serta merendah diri seperti dahulu miski pun telah menjadi seorang yang berjaya di dalam profesionnya.

Di akhir perbualan, beliau memohon nombor akaun Aman Palestin Bhd untuk beliau berikan sedikit sumbangan kemanusiaan. Dr T mengakhirkan perbualannya dengan sebuah mesej pendek, ‘saya baru bank-in RM 10,000 sebentar tadi untuk meringankan bebanan para pesakit di Gaza’.

Saya amat bersyukur kerana dapat kembali menyambung persahabatan dengannya. Saya bersaksi bahawa Dr T adalah seorang doktor yang menjiwai kerjayanya dengan menjadikan para pesakit sebagai ‘jantung-hati’nya demi mencari keredhaan Allah swt.

Saya doakan agar Dr T istiqamah di jalan kebaikan sehingga ke akhir hayatnya dan diberatkan mizan kebaikan untuknya di akhirat kelak.

Amin Ya Rabb…..


Go to the main page
Artikel ini bermanfaat?, please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
This entry was posted in Malaysiaku. Bookmark the permalink.

16 Responses to Jantung hati si doktor jantung….

  1. zailan says:

    siapakah Dr T yg sebenarnye?? jeng jeng jeng……

  2. maya says:

    bestnya klu dpt derma bnyak sebanyknya…tp ada yag sampai hati keluarkan statement “pada mereka (palestinian/syirian) 10 sen pun dah bernilai”…klu kes org yg tak mampu nk derma…dan dia ada 10 sen…bolehle kita ckp gitu…tp bg kes org yg cukup mkn pakai…malah berlimpah ruah sampai handbag pun berpuluh jenis bukannya yg hrga puluh2…tp yg hrga ratus2, malah ribu. klu sy yg termasuk dalam golongan penerima tu sy akan jwb “simpan jerlah sis/bro, i m not that desperate, i hv Allah to provide me enough…tp klu sy dapat dr org yg tiada kemampuan dan itula sahaja yg dia ada (rm0.10) maka sya akan hargainya dan doakan kebaikan buat si pemberi.

  3. raiza says:

    Assalamualaikum dr, semoga tulisan dr ini menyebabkan lebih ramai sedar tentang keperluan untuk membantu Palestin. Ameen.

  4. abu fahmi says:

    Ya Allah, permudahkanlah urusanku supaya boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama dua orang Doktor yang ikhlas membantu agamaMu! Amin Ya Rabb..

  5. Latifah says:

    Allahu Akbar!
    Bergenang air mata saya membaca catatan Dr. kali ini.
    Begitu pemurahnya Dr. T.
    Dan ini jelas menggambarkan masih ada Dr. yang benar-benar prihatin terhadap pesakitnya.
    Ya Allah, rahmatilah Dr. T dan keluarganya dunia akhirat. Ameen Ya Rabb.

    Ya Allah, kurniakan kami kekuatan untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Ameen Ya Mujeeb.

  6. ainuddin says:

    I wish there are more people like Dr. T in Malaysia, and better yet, in this world. so accomplished yet so humble. siapa pun Dr. T (juga orang-orang lain seperti Dr. T), semoga ALLAH merahmati kalian dan keluarga kalian, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat. insyaALLAH, ameen.

  7. cahayahati says:

    i feel so inspired after i read your post. you have shown a very good example especially to those in the medical field. and everytime i read your sharing post about your life and experiences in medical profession, i pray to Him that i could be like you in the future-a better muslim and a good doctor.

  8. pelajarmesir says:

    Salam Dr.

    Sy merupakan plajar perubatan di Mesir.. soalan sy, apakah pndgn dr. kpd graduan2 perubatan dari Mesir dari sudut kepakaran.. apakah mereka juga dapat menunjukkan hasil yg cemerlang sprti dr2 yg lain? Trima kasih

  9. Salam,

    Ada beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti graduan perubatan daripada IPT dalam dan luar negara.

    1-Kurikulum pendidikan perubatan sesebuah universiti
    2-Jumlah tenaga pengajar pakar yang berdedikasi serta mencukupi
    3-Kualiti kemasukan pelajar ke universiti
    4-Pendedahan klinikal yang mencukupi
    5-Kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh seseorang penuntut perubatan semasa belajar dan latihan klinikal.

    Lepasan daripada Mesir mempunyai kelebihan dan juga kekurangan yang tersendiri. Faktor kesungguhan seseorang dan sikap yang betul dalam bekerjaya akan banyak mempengaruhi produk graduan perubatan termasuk dari Mesir.
    Dr. Zainur Rashid recently posted..Menyuburkan kematangan….My Profile

  10. Razali says:

    QRS 94ms QT/QTcB 338/416 PR 128 P 98 RR/PP 660/650ms P/QRS/T 25/5/-15 degree QTD/ QTcBD 42/52 SOKOLOW 1.3 NK 13
    Adakah bacaan ia Nomal?saya sudah buat ecg ..

  11. Azman says:

    Alhamdulillah. Mungkin saya kenal Dr. T ni, TR

  12. Norhizan Abd Rahman says:

    Subhanallah semoga puteri saya bakal seorang doktor juga cekal dan beriman seperti Dr T……doa seorang ibu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge