Islam berkembang pesat di Germany

masjid futuristik 300x204 Islam berkembang pesat di GermanyDi antara kenangan manis sepanjang saya ke Eropah pada bulan yang lalu ialah melihat perkembangan pesat Islam di benua tersebut.

Jumlah muslim di Eropah meningkat dari hari ke hari. Salah satu saluran TV Germany mengatakan bahawa dari tahun 2006 jumlah Muslim di Eropah semakin meningkat. Setiap tahun lebih dari 5000 orang yang masuk Islam.

Pada 2009, ada 4.3 juta muslim yang ada di Germany yang merupakan 5.4 % darpada keseluruhan penduduk. Islam adalah agama yang paling cepat berkembang di seluruh dunia dan agama ke dua yang terbesar di Germany. Sebahagian besar Muslim hidup Jerman di Berlin. Ada lebih 77 masjid yang besar di Germany dan 25 buah lagi di Munich. Kebanyakan masjid direka dengan indah & ada lebih dari 2500 tempat untuk orang ramai bersolat (surau).

Ada 200 lagi buah masjid baru akan dibina di seluruh Germany. Foto di atas adalah sebuah masjid baru yang bersifat futuristik, kini sedang di dalam proses pembinaan di Enrehfeld, Cologne.

masjid di munich 300x225 Islam berkembang pesat di GermanyPeta menunjuk-arah masjid-masjid di Munich

Pada 20hb April 2011 yang lalu, lebih 2000 orang tempatan telah menghadiri forum umum yang telah menjemput Dr Bilal Philip untuk berceramah secara terbuka di Frankfurt. Lebih menggembirakan apabila 17 orang warga German telah melafazkan syahadah. Sememangnya Islam mempunyai masa depan yang sangat baik di sini sekiranya berlaku dakwah dan pendidikan secara terancang berjalan baik.

Kenangan  manis dari Munich, Germany

‘Hoffentlich bleibt der Islam in Europa und der ganzen Welt wachsen’

Salam perjuangan

Dr Z

Sila klik : http://www.youtube.com/watch?v=v8GvxgmBEYY


Go to the main page
Artikel ini bermanfaat?, please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
This entry was posted in Palestin dan Antarabangsa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge