Giliran Bashar al Asad semakin hampir…..

basyar asad2 300x241 Giliran Bashar al Asad semakin hampir.....Samada disengajakan atau tidak, tidak ramai rakyat Malaysia yang mengetahui atau tidak mengambil tahu tentang apa yang sedang berlaku di Syria sekarang.

Presiden Bashar al Assad  (Presiden sekarang) telah bertindak semakin kejam bagi mempastikan kekuasaan yang diwarisi oleh ayahnya Hafez al Asad sejak 11 tahun yang lalu terus berkekalan.

children killed 300x197 Giliran Bashar al Asad semakin hampir.....

Ribuan kanak-kanak Syria kini terkorban

Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Bashar al Assad telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri (lebih 6,000 menurut PBB) dan mengakibatkan lebih 40,000 orang telah cedera. Itu tidak termasuk daripada lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan. Manakala lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki.

Beliau mewarisi kekejaman diktator seumpama ayahnya Hafez al Assad yang pernah memerintah Syria selama 32 tahun sehingga tahun 2001. Ayahandanya juga pernah membunuh hampir 46,000 ribu orang rakyatnya yang tinggal di Hama, Syria pada tahun 1982 dalam tempoh 27 hari sahaja. Keseluruhan penduduk yang terbunuh ini merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Bashar Iran 300x140 Giliran Bashar al Asad semakin hampir.....Masyarakat antarabangsa harus menginsafi isu ini dan mengutuk kekejaman Bashar al Assad yang terus mendapat sokongan padu daripada Iran dan juga Hizbullah, Lubnan selain daripada mendapat bekalan senjata daripada Russia dan Cina.

Gilirannya akan tiba jua….

revolusi syria 300x168 Giliran Bashar al Asad semakin hampir.....Dengan penuh keyakinan bahawa gilirannya akan tiba apabila beliau juga bakal mencium jejak langkah sekutunya yang digulingkan seumpama Presiden Zainal Abidin Ali di Tunisia, Ghadaffi di Libya dan juga Presiden Hosni Mubarak di Mesir.

Saidina Ali Bin Abi Talib r.a. pernah berkata “Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”

Malahan kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah swt di dalam surah al-Israk ayat 81 yang bermaksud:

“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”

Teruskan ambil peduli dan doakan untuk saudara seaqidahmu di Syria….

 

Juga baca :

http://edition.cnn.com/2011/12/16/world/meast/syria-homs-profile/?hpt=hp_t1

http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=28997

http://www.turkishweekly.net/news/130969/syrian-muslim-brotherhood-secretary-general-al-shaqfa-we-don-39-t-trust-hezbollah-and-reject-iranian-offers-.html

http://www.aljazeera.com/indepth/opinion/2012/02/201226621170425.html

http://www.google.com/hostednews/ap/article/ALeqM5geQ2GFxLRPq3XwS51daLwGyMffZQ?docId=34b0a3082b2347c98bd4d896006c0d8b

http://www.montrealgazette.com/news/Loss+time+means+loss+lives/6120654/story.html

Kalau nak tahu apa yang sebenarnya berlaku di Syria, saudara-i boleh cuba lawati Syria dan kenali permasalahan sebenar yang berlaku di bumi Syam ini.

 

Ikuti coretan harian di :

http://www.facebook.com/pages/Dr-Zainur-Rashid-Zainuddin/155707591143880


Go to the main page
Artikel ini bermanfaat?, please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
This entry was posted in Palestin dan Antarabangsa. Bookmark the permalink.

14 Responses to Giliran Bashar al Asad semakin hampir…..

  1. nahdia says:

    Salam ‘alayk.

    Syukran Doktor atas link-link yang disertakan.

    Menambahkan horizon pembacaan dan pemahaman isu di Syria.

    Semoga Allah merahmati Doktor dan keluarga

    Wassalam.

  2. abu says:

    die assad..die..

  3. uswah says:

    slm alaik..syukron jazillan ats prkongsian dr. em, sy nk minx sdikit pnerangan ttg negara Iran yg mnyokong bashar al asad ni. drp apa yg sy baca, Ahmadinejad, president iran skarang mrupakan pmimpin yg sgt tawadhu’ n digelar singa islam pd zaman ni. sy mohon sedikit kterangan..jazakallah..

  4. Pingback: Giliran Bashar al Assad semakin hampir | Islam Itu Indah

  5. salam dr, ana mohon share kisah kezaliman bashar al asad dan penderitaan rakyat syria dalam blog ana.http://amaninaloveislam.blogspot.com

  6. azri says:

    salam Dr.
    boleh saya tahu, Ahmadinejad ni sebenarnya di pihak mana? Hope Dr dapat cerita sejarah tentang nya pula dalam post yang akan datang. Terima kasih :D
    azri recently posted..Smartphone Terbaik Pilihan Mobile World Congress 2012My Profile

  7. izza mira says:

    sama-sama kita doakn kesejahhteraan rkyt syria..

  8. ziapadang says:

    syukron DR atas artikelnya mudah2an bermanfaat………..
    mari kita doakan saudara kita seaqidah di syuria mudah2n diberi ketabahan atas cobaan yang ditimpakan kepada mereka,& mudah2n kekuasaan bashar al-asad dapat hancur/runtuh,sebagaimana dia telah membunuh saudara2 kita di syuria…….
    aminnnnn……….

  9. Pingback: Jangan lupakan mereka…. | Peduli Ummah

  10. arora says:

    Bunuh je Assad ini ..Firaun aliran syiah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge