Dia mungkin ahli syurga

Dia mungkin ahli syurga…

Ketika singgah di sebuah surau di Melaka untuk bersolat Maghrib semalam, kelihatan ianya lengang dari didatangi pengunjung. Taman permainan masih riuh rendah dengan gegak-gempita kegembiraan suara anak-anak muda Melayu.

Seorang pemuda membersihkan diri di perkarangan surau sebelum masuk waktu Maghrib. Dari air mukanya yang jernih, saya dapat mengagak bahawa dia pemuda yang baik, berasal dari Bangladesh (B).

kaki Dia mungkin ahli syurga
Dr Z : Assalamu’alaikum. Siapa nama?
B : Wa’alaikum salam. Munzeer Alam…tersenyum icon smile Dia mungkin ahli syurga
(kalau tak silap, Munzeer Alam ertinya pemberi peringatan kepada ‘alam)

Dr Z : Asal dari Bangladesh? Dakka? Chittagong?
B : Saya dari Dakka tapi kampung sikit…

Dr Z : Sudah berapa lama di Melaka? Kerja di mana?
B : Sudah ampat tahun. Kilang sana tu…

Dr Z : Macam mana kerja di sini? Berapa dapat sebulan?
B : Kerja teruk sikit tapi saya perlu cari duit untuk amak, papa & adik juga.
Keluarga saya susah di Bangladesh. Sini kilang bagi RM 675 satu bulan
tapi kalau ada OT dapatlah RM 1 ribu lebih sikit.

Dr Z : Berapa banyak boleh hantar kepada keluarga sebulan?
B : Tengok berapa banyak OT. Kalau tak ada OT, satu bulan hantar RM 400.
Kalau ada OT, satu bulan hantar RM 700. Saya belanja dlm RM 200+
satu bulan utk makan saja lah

Dr Z : Cukup ke RM 200+ sebulan belanja di Melaka?
B : Cukup lah…(senyum). Saya jimat supaya keluarga tak susah di Dakka.
Penting sekali saya buat baik, sembahyang jamaah 5 kali satu hari, doa
untuk semua umat

Dr Z : Ok lah Munzeer. Sudah masuk Maghrib, tiada orang surau ni.
Biar saya azan Maghrib…..(bersalaman mengakhiri perbualan)

……..saya beredar sambil berfikir. Hebat juga pemuda ni, pengajian tak setinggi mana, kerja kilang, dia tak glamour atau dikenali oleh sesiapa tetapi amalannya adalah amalan ahli syurga.

Ya Allah pilihlah aku untuk bersama di kalangan ahli-ahli syurgaMU…


Go to the main page
Artikel ini bermanfaat?, please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

One Response to Dia mungkin ahli syurga

  1. rini says:

    walau berbelanja hanya rm200++ sebulan, segalanya masih mencukupi bagi dia.. semoga Allah permudahkan segalanya untuk dia…aamiiinnn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge