Cahaya Islam bersinar di Korea Selatan

south korea map12 281x300 Cahaya Islam bersinar di Korea Selatan Salam Doktor ! Saya Ahnaf Abdul Qais dari Seoul, Korea. Boleh doktor datang ke sini untuk memenuhi jemputan kami sebagai penceramah? Komuniti masyarakat Malaysia di Korea akan mengadakan program kemuncak Demi al Aqsa pada Novemver 2011 ini ? Begitulah di antara teks ringkas yang saya terima daripada saudara Ahnaf Qais, seorang jurutera Malaysia yang kini bekerja di Seoul, Korea Selatan.

Ini adalah kunjungan sulung saya ke Korea Selatan bagi memenuhi undangan ceramah di sana disamping membuat liputan mengenai perkembangan Islam di bumi Sonata ini.

seoul 300x217 Cahaya Islam bersinar di Korea Selatan

Seoul, Ibu kota Korea Selatan yang merupakan kawasan metropolitan yang ke 2 besar di dunia

Alhamdulillah, rancangan ini menjadi kenyataan apabia saya mula bermusafir dengan pesawat MH 67 ke Seoul dengan penerbangan yang mengambil masa selama 7 jam. Saya selamat mendarat di awal pagi pada jam 6.45 pagi dan agak teruja dengan kedinginan suhu paginya yang mencecah 5’C di kala musim sejuk sebenar belum pun menjelang tiba.

central mosque21 300x195 Cahaya Islam bersinar di Korea Selatan

Seoul Central Mosque, Itaewon

Setelah berehat buat seketika di penginapan yang disediakan, saya memulakan lawatan ke Korea ini dengan bersolat Jumaat di Seoul Central Mosque di Itewon. Subhanallah, masjid ini merupakan sebuah Pusat Islam dan masjid jamek yang besar lagi tersergam indah di atas sebuah bukit di tengah-tengah ibu kota Korea ini.

Saya terpaksa mencuri peluang masuk dengan berhimpit sebelum berjaya ke dalam dewan solat masjid kerana jemaah yang hadir telah pun memenuhi ruang solat sehingga melimpah ke bahagian luar masjid. Kelihatan khatib tempatan yang bernama Ustaz Sulaiman sedang berkhutbah dengan penuh bersemangat di dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Korea. Para Jemaah yang hadir kelihatan khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan.

itaewon mosqujumaah e 300x225 Cahaya Islam bersinar di Korea Selatan

Khutbah Jumaat di Seoul Central Mosque

Jelas kelihatan bahawa mereka mempunyai asal latar-belakang yang berbeza, seolah-olah kami sedang berada di sebuah perhimpunan umat Islam antarabangsa. Selain daripada masyarakat tempatan dari Korea, ramai juga kelihatan orang-orang Islam yang berketurunan Pakistan, Bangladesh, Turki, Arab, Malaysia dan Indonesia. Selepas solat Jumaat, saya mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan masyarakat Islam di sini.

Saya juga bersempatan melawat Seoul Central Mosque dengan lebih dekat lagi. Pejabat operasinya nampak kemas dan kakitangannya sentiasa kelihatan mesra menyambut kedatangan tetamu dari dalam dan luar Negara. Kelihatan juga sebuah sekolah rendah Islam yang telah dibangunkan bagi memberikan pendidikan Islam secara khusus kepada anak-anak Muslim terletak di perkarangan kawasan masjid ini.

Majoriti penduduk Korea Selatan yang berjumlah seramai 48.8 juta orang ini secara rasminya tidak menganut sebarang agama. Manakala umat Islam pula adalah kaum yang begitu minoriti di sini. Namun begitu, syiar Islam semakin hari semakin terserlah perkembangannya. Pada setiap minggu dan bulan, semakin ramai rakyat Korea yang membuat keputusan untuk memilih Islam sebagai agama mereka.

Kini, penduduk beragama Islam di negara yang terkenal dengan produk ginseng itu dianggarkan mencecah kira-kira 140,000-150,000 orang termasuk pelajar dan pekerja yang menetap di situ. Daripada jumlah ini, kira-kira 35,000 orang adalah Muslim daripada kalangan rakyat tempatan Korea Selatan.

Perkembangan Islam di situ dapat dilihat dengan jelas apabila semakin banyak masjid dan surau dibina di beberapa penempatan penduduk Islam. Ia bukan hanya berfungsi sebagai tempat menunaikan solat, bahkan sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam. Apa yang jelas, dakwah yang dijalankan oleh imam dan pemimpin agama terdahulu dan sekarang terutamanya di kalangan rakyat tempatan telah berjaya menyedarkan masyarakat Korea untuk memilih agama Islam dengan rela hati.

Menurut sejarah, Islam telah mula bertapak di Korea sejak ratusan tahun dulu tetapi subur bercambah di antara tahun 1950-1953 yang lalu ketika negara itu berada di dalam kancah peperangan dan rakyatnya berada di dalam keadaan yang sangat miskin. Risalah Islam mula dibawa dan kemudiannya disebarkan oleh beberapa orang tentera dari battalion ketenteraan Turki yang bertugas di Korea.

Kini, penyebaran agama Islam di negara ginseng ini banyak dibantu oleh Korean Muslim Federation (Persekutuan Korea Muslim –KMF ) yang telah ditubuhkan bagi menangani kebajikan dan dakwah kepada masyarakat Islam setempat serta kepada rakyat Korea yang lainnya.

Seoul Central Mosque yang merupakan masjid yang pertama dibina di Korea Selatan iaitu pada 1976, telah dipilih oleh KMF sebagai pusat dakwah dan pusat pendidikan Islam kepada penduduk setempat di situ.

Dr Hussein1 300x225 Cahaya Islam bersinar di Korea Selatan

Pendakwah dari Turki yang memiliki BA, MA dan PhD dalam Bahasa Korea

Saya sempat menemui saudara Dr Hussein Janj, pegawai eksekutif KMF yang berketurunan Turki yang memiliki ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran (PhD) di bidang bahasa Korea. Dr Hussein yang telah berdakwah selama 16 tahun di Korea menyatakan bahawa semakin hari semakin ramai rakyat Korea yang memilih Islam sebagai agama mereka. Saban hari dan di hujung minggu terutamanya, semakin ramai rakyat tempatan yang datang ke masjid untuk mempelajari Islam dengan lebih dekat dan kemudiannya memeluk Islam. Melalui kelas pengajian ‘What Is Islam? yang dijalankan di Seoul Central Mosque sahaja telah berjaya menarik kira-kira seramai 150 orang memeluk Islam pada setiap tahun.

mosque chongju1 272x300 Cahaya Islam bersinar di Korea Selatan

Masjid Chongju

Sehingga kini perkembangan Islam di Korea Selatan cukup membanggakan apabila 10 buah masjid, 40 buah surau dan lima buah Pusat Islam telah didirikan di seluruh negara. Di antara masjid yang ada di Korea Selatan ialah di Seoul (1976), Pusan (1979), Anyang (1986), Jeonju (1986), Ansan (2001), Incheon Bupyong (2004), Paju (2005), Pochean (2005) dan Gwangju (2005).

mosquepusan 230x300 Cahaya Islam bersinar di Korea Selatan

Masjid di Pusan

Ada di antara surau-surau di negara itu yang dibina oleh para pekerja yang datang dari negara Arab, Pakistan dan Bangladesh tetapi ianya cukup bermakna kepada pembangunan Islam di negara Sonata ini.

Kekuatan umat Islam yang paling ketara ialah apabila setiap hari Jumaat, lebih 1,000 orang jemaah berhimpun menunaikan solat Jumaat di setiap masjid utama di seluruh Korea Selatan termasuklah rakyat asing dan pelajar-pelajar universiti yang datang dari negara luar.

KMF bukan hanya berperanan membimbing umat Islam, malah menyediakan perkhidmatan membekalkan daging lembu, kambing dan ayam untuk diedarkan di restoran yang menyajikan hidangan halal di seluruh Korea Selatan.

Kebanyakan daging lembu serta kambing yang dibekalkan oleh KMF biasanya diimport dari New Zealand dan Australia. Jadi masyarakat dan pelancong Islam tidak perlu merasa bimbang untuk mendapatkan makanan halal kerana KMF memainkan peranan mereka dengan baik.

ginseng 300x191 Cahaya Islam bersinar di Korea Selatan

Anggota Tentera korea yang memilih Islam sebagai agama

Walaupun setakat ini Islam tidak disekat atau dihalang di sini, namun ianya mempunyai cabaran tersendiri termasuklah hijab bagi wanita yang bekerja, makanan halal dan pendidikan Islam untuk generasi anak-anak mereka.

Umumnya, rakyat Korea adalah masyarakat yang mempunyai daya saing yang tinggi yang telah menjadi budaya kerja dan budaya hidup mereka. Rata-rata di kalangan mereka bekerja dengan penuh kesungguhan sejak awal pagi dan hanyalah pulang ke rumah menjelang lewat malam. Kesannya kini terbukti bahawa Korea Selatan begitu terkenal dengan kejayaan mereka yang telah menempah nama di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang termasuklah teknologi, ekonomi, sukan dan lain-lain lagi.

Korea Suicide Pre 38483gm e 292x300 Cahaya Islam bersinar di Korea Selatan

Kadar bunuh diri tertinggi di dunia

Namun begitu, kebanyakan rakyatnya jelas di dapati merasai kekosongan dari sudut rohaninya. Majoriti daripada mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dan tidak menganut sebarang agama. Sebagai contohnya, kadar membunuh diri di kalangan rakyat Korea adalah merupakan kadar yang tertinggi di dunia bersama Negara Jepun. Di sini, jelas kelihatan bahawa kemajuan dunia yang hebat tidak mempunyai apa-apa erti yang besar jauh apabila rohani masyarakatnyanya kosong daripada petunjuk Ilahi. Dengan berlalunya masa, cahaya Islam dilihat oleh masyarakat tempatan Korea semakin jelas mempunyai jawapan kepada erti kehebatan dan kecemerlangan kehidupan yang sebenar.

Cuba saksikan beberapa tayangan yang membuktikan betapa cahaya Islam semakin berkembang di bumi Sonata ini.

1-Anak muda Korea membaca al Quran

http://www.youtube.com/watch?v=yULJC0zymqU&feature=related

2-Islam di Korea

http://www.youtube.com/watch?v=0EkDRlyWUdw

Semakin terbukti bahawa cahaya Islam kian mekar berkembang ke seluruh pelusuk alam dengan dakwah Islamiah yang disebarkan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar……

Salam perjuangan

sejuk 225x300 Cahaya Islam bersinar di Korea Selatan

Seoul yang sejuk tetapi hangat dengan perkembangan Islam

Penghargaan :

  • Dr Hussein Janj, KMF Executive, Seoul Central Mosque, Itaewon, Seoul
  • En Abdullah Zawawi Tahir, Deputy Chief of Mission, Embassy of Malaysia, Seoul
  • Sdr Ahnaf Abdul Qais, Pengerusi ISMA Korea & komuniti Malaysia di Korea

 

Juga ikuti coretan harian di :

http://www.facebook.com/pages/Dr-Zainur-Rashid-Zainuddin/155707591143880


Go to the main page
Artikel ini bermanfaat?, please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

16 Responses to Cahaya Islam bersinar di Korea Selatan

  1. Pingback: Cahaya Islam bersinar di Korea Selatan | Islam Itu Indah

  2. wan atikah says:

    assalamualaikum dr. saya merupakan antara peserta dalam ceramah dr. kat uitm puncak alam pada malam 1/12/2011.saya ingin menanyakan sesuatu tp agak segan nak ke depan tadi…saya ade terbaca satu article yg saya jumpa kat banyak blog tentang sejarah sebenar hitler yg dikatakan baik dan menyokong islam.. http://benderabulan.blogspot.com/2010/08/kebangkitan-jihad-hari-ini-disebabkan.html
    saya agak keliru ngan fakta yg dr. share td tentg jewish holocoust.hitler tue baik ke tak.sebenarnya saya agak terpengaruh ngan fakta dalam blog ni at first.tp semakin keliru sekarang..mohon dijelaskan…terima kasih dr.

  3. Salam,

    Daripada kajian selama ini, saya tidak bersetuju bahawa Hitler adalah seorang yang baik dan menyokong Islam. Saya berpandangan bahawa cubaan nak merapatkan hubungan Hitler dan Islam adalah ruang yang digunakan oleh Zionist dan dunia Barat bahawa Islam sifatnya kejam dan sanggup bersekongkol untuk membunuh Yahudi secara beramai-ramai di Eropah timur dahulunya.

  4. Pingback: Cahaya Islam bersinar di Korea Selatan | muslim world news

  5. Pingback: Kodet Guide » Cahaya Islam Di Korea Selatan » Kodet Guide

  6. Pingback: Cahaya Islam Bersinar di Korea Selatan « Jom Islam

  7. Shukri says:

    Alhamdulillah begitu pesat perkembangan Islam di Korea Selatan. Seingat saya dalam tahun awal 90an hanya ada dua buah masjid sahaja, sebuah di Seoul dan sebuah di Pusan. Masjid di Pusan kabarnya adalah sebuah gereja yang dibeli oleh orang tempatan berugama Islam dan dijadikan masjid. Masyarakat Islam ketika itu amatlah kecil dan apabila diberitahu kepada Imam yang saya akan pulang ke Malaysia Imam tersebut menangis sambil memeluk saya. Saya tanya dia kenapa, jawapannya akan kurang seorang lagi orang islam di Seoul. Wallahualam.

    • Salam Shukri,

      Tahniah. Terharu dengan kisah yang menggugah rasa hati.

      Salam perjuangan

      Dr Z

      • musafir lalu says:

        salam saudara shukri dan juga kepada Dr…insyaALLAH dengan kepulangan shukri, ALLAH akan menghantar lebih ramai orang seperti shukri untuk membantu mereka di sana..berdoalah kita pada saudara muslim kita disana agar senantiasa didalam keberkatan ALLAH..pengalaman shukri jadikanlah titik tolak untuk memulakan perjalanan dakwah kepada yang lain..terharu membacanya…seorang imam yang berfikiran jauh dan begitu menyayangi agama Islam..

  8. Pingback: CAHAYA ISLAM BERSINAR DI KOREA SELATAN « irfan-irsyad – Mencari Keredhaan Ilahi

  9. Riska says:

    Subhanallah……. Dr. sekarang Agama Islam di Korea Selatan bersinar

  10. amira shafiha says:

    alhamdulillah…bangga rasanya bila islam turut berkembang disana..setidaknya muda-mudi yg mengilai budaya dan artis2 korea dpat mengambil ikhtibar bukannya mencintai budaya mereka tnpa menitikberatkan soal hukum agama,, sy meminati budaya.. bangunaan serta ciptaan Illahi yg cantik disana.. tak dinafi,,, saat di usia ini…. muzik ,,,cerita,,drama menjadi hobi semata2,,,, mint sahaja jauh dari mengilainya dan obses…harap2 …. islam bukan sahja berkembang dimana2 ..tetapi kita sebgai insan yg tlh bergelar islam… cuba mengenali agama kita…
    -YANG SEDANG BERUSAHA MENCINTAI AGAMA MELEBIHI CINTA DUNIA….
    assalamualaikum…:)

  11. lina says:

    Assalamualaikum. Sy pernah ke korea pada 2011. Saya pun sempat melawat ke masjid di itaewon ni. Memang kagum. ;) lagi, semasa saya dalam train, ade juga beberapa orang korea memberi salam kepada kami. Rasa bangga.. ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge