Berhati-hati dengan pembelit….

Anda pernah mendengar istilahpembelit’ ?

twisted tounge 300x184 Berhati hati dengan pembelit….Pembelit lidah “tongue twister” adalah farsa khas bagi menyukarkan ia disebut. Contoh pembelit lidah adalah : Gajah lalu lalang layu. Satu contoh lain adalah Buaya biawak (disebut berulang-ulang dengan cepat.) Contoh bahasa Inggeris: “She sells seashells by the seashore”, atau “Peter Piper picked a peck of pickled peppers. If Peter Piper picked a peck of pickled peppers, how many pickled peppers did Peter Piper pick?” Pembelit lidah bertujuan membelit lidah anda. Ini tidak membahayakan bahkan membantu anda melakukan senaman lidah apabila berhadapan dengan pembelit.

Lidah berbelit didefinisikan sebagai orang yang mempunyai lidah yang bercabang-cabang. Kata-katanya di hadapan seseorang akan berbeza apabila berada di belakangnya atau kata-katanya berbeza di satu keadaan dengan satu keadaan yang lain.

Kenapa pembelit dikaitkan dengan ular?

Bukan semua ular sifatnya membelit tetapi ular yang membelit biasanya adalah ular jenis yang merbahaya yang boleh membunuh mangsanya.

Manusia pembelit : Orang tua-tua ada berkata bahawa kalau seseorang terserempak dengan ular dan manusia pembelit seumpama itu, pukullah manusia pembelit itu dahulu. Kalau ular terlepas tidak mengapa kerana dia adalah binatang tidak berakal yang akan menghilangkan diri daripada manusia. Namun manusia pembelit ini manusia berakal dan dia akan semakin kuat membelit apabila dibiarkan bebas berbuat demikian.

Adalah semua pembelit merbahaya?

Ada pembelit yang jinak tetapi kebanyakan jenis pembelit adalah bahaya.

ular lidi2 Berhati hati dengan pembelit….

ular lidi

Pembelit yang jinak ialah spesis yang membelit lidah bagi kepentingan untuk menyelamatkan diri sendiri untuk berenak-enak, bermalas-malas atau untuk mencari jalan pintas. Namun pembelit seumpama ular lidi ini tidak mematuk dan boleh dirawat dengan nasihat atau terapi disiplin yang tertentu.

Ular Sawa Makan Kanggaroo 2 300x234 Berhati hati dengan pembelit….

Ular sawa memakan kanggaroo

Pembelit yang merbahaya ialah sepsis yang pandai bermain lidah, pandai mengipas, cekap ‘mengampu bos’ dan petah dalam pengucapan awam demi mengejar cita-citanya yang tinggi. Pembelit seumpama ini cukup bahaya kerana dia bukan sahaja pandai melepaskan diri apabila terancam, bahkan dia berpotensi mematuk mangsanya sehingga terbunuh karier pesaingnya mahu pun spesis baik yang cuba mengganggu lengkaran pembelitannya.

Apa anda perlu buat?

  1. Berhati-hati apabila berhadapan dengan pembelit kerana dia akan merakamkan kata-kata anda untuk kegunaannya di satu masa nanti.
  2. Anda juga perlu berhati-hati dengan rakan-rakan sekutu pembelit yang merupakan kroni perjuangannya.
  3. Anda harus merancang tindakan kerja-kerja anda dan seelok-eloknya didokumentasikan agar mempunyai bukti di masa depan.
  4. Anda harus pandai berurusan dengan bos anda agar mempastikan bahawa dia tidak termakan umpanan pembelit.
  5. Anda harus berpakat dengan spesis baik yang lain agar tidak memberi muka kepada pembelit dan kroninya yang berusaha membelit mangsanya yang tawadhu’.
  6. Anda tidak seharusnya tersenyum atau bertepuk tangan walau pun si pembelit mampu berpidato dengan petah sekali. Tunjukkan kepadanya bahawa anda serius terhadap sikapnya yang suka mengampu dan bersedia untuk membelit.
  7. Anda harus kuat berdoa agar si pembelit insaf dengan dirinya dan kembali ke pangkal jalan. Harus kita ingat bahawa kita hanya berusaha dan Allah swt sahajalah yang mampu memberi petunjuk dan mengubah sikapnya.

 

Saya doakan anda agar selamat ketika berjuang……

 


Go to the main page
Artikel ini bermanfaat?, please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
This entry was posted in Malaysiaku. Bookmark the permalink.

2 Responses to Berhati-hati dengan pembelit….

  1. ahmad says:

    dr zainur…saya mntak izin share. sekian

  2. ahmad says:

    berdasarkan pembacaan, ciri2 pembelit yang merbahaya ni mudah ditemui pada psychopaths.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge