Bank sperma dan bank ovum, kini di Malaysia ?

Bank Sperma1 300x225 Bank sperma dan bank ovum, kini di Malaysia ?

Bank Sperma dan Bank Ovum kini di Malaysia ?

Senario A

Shahril semakin buntu kerana biasiswa masuk agak lewat semester ini. Poketnya semakin kering dan kehidupan di kampus perlu diteruskan seperti biasa. Tiba-tiba dia menerima teks ringkas daripada kenalannya mengenai peluang mendapatkan imbuhan kewangan daripada sebuah klinik swasta yang menjalankan khidmat derma sperma. Shahril mengangkat muka dan tersenyum dengan gaya bersahaja, “cash RM 500 lah beb ! siapa tak nak !”.

Senario B

Keperluan perbelanjaan persekolahan anak-anaknya semakin meningkat. Apatah lagi suaminya tidak lagi bekerja sejak beberapa bulan yang lalu.  Hasnah termenung bersendirian ketika teman-teman sepejabatnya semua keluar makan tengahari. Janjian tunai RM 6,000 daripada Rose untuk mendapatkan pendermaan  ovum (telor) daripadanya difikirkan secara serius. Cuma dia ada keraguan tentang halal-haramnya berbuat demikian. Rose pula tekun memujuk hasnan, apatah lagi dia telah dijanjikan tunai RM 1,000 sebagai orang tengah oleh sebuah pusat rawatan kesuburan swasta di Lembah Klang.

Bank Sperma dan Bank Ovum ada di Malaysia ?

bank sperma di malaysia 300x186 Bank sperma dan bank ovum, kini di Malaysia ?Secara peribadi, saya pernah bertanya dengan beberapa teman saya yang merupakan pakar perbidanan sakit puan di sektor swasta mengenai bisnes jual beli sperma atau ovum di Malaysia. Mereka mengakui kewujudan perniagaan ini miski pun istilah yang digunakan ialah pendermaan sperma dan ovum untuk pasangan yang kurang bernasib baik.

Secara rasminya, Malaysia tidak mempunyai bank sperma atau bank ovum untuk kegunaan pasangan yang  berkahwin tetapi mempunyai masalah tidak boleh hamil (kemandulan). Permasalahan ini diatasi secara tidak legal (tiada kawalan undang-undang) melalui bantuan penderma tempatan dan asing yang diupah sejak sedekad yang lalu.

Tiada statistik rasmi yang diperolehi oleh pihak yang berwajib tetapi kadar pendermaan sperma dan ovum dijangkakan semakin tinggi disebabkan oleh kadar ketidak-suburan yang semakin meningkat di negara ini.

Semakin banyak pasangan yang tampil untuk mendapatkan rawatan kesuburan yang disebabkan oleh kemandulan daripada faktor lelaki. Bagitu juga semakin ramai pasangan wanita yang datang bagi mendapatkan rawatan ketidak-suburan pada usia yang lebih tua disebabkan masalah ovulasi dan kualiti telur yang kurang bermutu.

Sila baca keratan akhbar hari ini :

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/9/23/mstar_berita/20120923115120&sec=mstar_berita

Isu zuriat adalah satu perkara yang sangat besar bagi kebanyakan pasangan yang telah membuat keputusan untuk hidup bersama setelah perkahwinan. Namun persoalan-persoalan seperti siapa dia dan bila jodoh ditemukan, bila akan hamil dan bagaimana pula hasilnya, adalah ketentuan Allah swt jua setelah manusia seperti kita berusaha bersungguh-sungguh.

Zuriat keturunan adalah ketentuan daripada Allah swt dan kita telah dididik agar berusaha sedaya upaya sehingga berjaya mendapatkan hasil yang terbaik. Namun, ada kalanya pasangan ini terus tidak berjaya memiliki cahaya-mata miski pun telah lama mereka berkahwin. Ramai juga di kalangan mereka yang telah mencuba yang maksimum termasuklah melalui keadah persenyawaan tabung-uji.

Di sinilah letaknya hakikat keimanan kita kepada takdir yang telah ditentukan Allah. Tentunya Allah lebih mengetahui kebaikan yang tersembunyi daripada permasalahan ketidak-suburan yang dihadapi oleh pasangan tersebut.

Bolehkah kita menjalani  rawatan kesuburan melalui persenyawaan tabung uji?

IVF Bank sperma dan bank ovum, kini di Malaysia ?

Persenyawaan Bayi Tabung Uji

Sebenarnya boleh, pasangan suami-isteri yang menghadapi masalah ketidak-suburan adalah diharuskan untuk mendapatkan rawatan seumpama ini. Namun mereka tidak dibenarkan menggunakan sperma (benih daripada mani lelaki) dan ovum (telor – benih perempuan) daripada orang lain.

Kenapa bank sperma dan bank ovum tidak dibenarkan ?

Di dalam Islam, sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah umat hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan dasar-dasar kulli iaitu:

  1. Menjaga agama
  2. Menjaga nyawa
  3. Menjaga aqal
  4. Menjaga keturunan
  5. Menjaga harta benda

Sebenarnya, air mani yang diderma dan ditabungkan sebelum dimasukkan dalam rahim mana-mana wanita lain yang bukan isterinya yang sah merupakan perbuatan yang melampaui batasan syarak dan akan menimbulkan kacau bilau kepada nasab dan keturunan manusia. Begitu juga dengan pasangan yang menggunakan ovum daripada wanita yang lain.

Kedua, percampuran sperma dan ovum di antara seorang laki dengan perempuan yang lain (bukan suami isteri) samada dengan berlakunya persetubuhan atau melalui percampuran benih melalui inseminasi buatan adalah seumpama hasil daripada zina.

Walau pun terdesak, janganlah sekali-kali kita dan masyarakat sekeliling membuat keputusan untuk membelakangi peraturan-peraturan yang telah ditentukan Allah swt. Terimalah hakikat ini dan pastinya kita akan berbahagia nanti dengan keputusan yang ditentukan olehNya untuk kita semua.

Saya juga ingin menyeru agar pihak yang bertanggung-jawab mengenai permasalahan ini terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyediakan garis panduan mengenai amalan ‘Assisted Reproductive Technique’ di Malaysia ini dengan kerjasama barisan pakar rujuk agama dan pakar undang-undang di negara ini.

Juga baca :

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/isu-isu-perubatan-dalam-perspektif-islam

http://islam.about.com/od/health/p/ivf.htm

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/bayi-tabung-uji

http://muhsinhar.staff.umy.ac.id/bank-sperma-dalam-perspektif-hukum-islam-2/

 


Go to the main page
Artikel ini bermanfaat?, please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
This entry was posted in Malaysiaku. Bookmark the permalink.

2 Responses to Bank sperma dan bank ovum, kini di Malaysia ?

  1. Harap-harap tak berjayalah dilaksanakan di Malaysia, kalau yang bukan beragama Islam tu tak pasti pula saya.

    Doktor, saya ada mengirim emel kepada doktor, besarlah harapan saya sekiranya doktor sudi mebaca dan membalasnya.Jazakallahu khairan kathira
    siti norina omar recently posted..Hadiah special untuk saya..terharu saya!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge